hidup ku


Tuesday, 13 December 2011

Couple itu mendekati ZINA



Assalamualaikum .. 
Hari ini nak sahre satu artikel berkaitan dengan kapel .. Artikel nie khas untuk orang yang berkapel .. ana dapat artikel ini dari blog Being A Doctor For Ummah .. Jom baca =)

Sekarang ramai yang nak taubat daripada ber'couple' .. tapi banyak halangannya .. antaranya :-


Persoalan 1 :


"Saya kenal dia melalui FB. Dah lama gak kami berkawan, ada la nak dekat setahun. Hubungan kami memang intim. Tapi setakat ni ringan-ringan lagi. Kadang-kadang tu...memanglah takut. Tapi nak wat camne? Saya sayang giler kat dia"


Persoalan 2 :


"Saya dah sedar zina tu dosa dan nak bertaubat. Tapi......Saya masih sayang lagi kat dia. Takkan saya nak tinggalkan dia setelah dah berzina dengan dia?"


"Sedihnya...Ni la yang confius ni. Niat ni memang nak taubat. Tapi kenangan yang lama tu ganggu nak taubat. Nak tinggal ke nak terus kan dengan dia? Kalu nak tinggal, mane tanggungjawabnya?"


Persoalan 3 : 


"Dah hampir 8 bulan saya putus ngan BF saya, tapi sampai skang still lagi teringatkan kenangan kami bersama. Ada masa tu memang tak tahan. Mmmmm...nak tanya ckit, apa hukum onani? Huhu...."








AWAS! NAK COUPLE BOLEH, TAPI JAWAB DULU SOALAN2 INI 


Bagi mereka yang sedang, belum atau sudah terjebak dengan "keindahan bercouple", sama ada yang zahir atau pun yang batin silalah menjawab soalan-soalan ini pula :






1. Bumi ini, diri kita dan si dia siapa yang cipta? Tidakkah kita melanggar perintah Allah SWT?


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra’ 17: 32)


Fahamilah bahawa Allah tidak menggunakan ungkapan "jangan kamu berzina" tetapi digunakan "jangan kamu MENGHAMPIRI zina". Bercinta sebelum kahwin adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang itu kepada perbuatan keji tersebut.


Mengapa ye?




2. Tidakkah kita bersetuju bahawa :


Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bila seseorang telah memulakannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah SAW :


“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)


3. Ketika kita bercinta atau tengah "dating", mata kita tengok kat mana? Ada rasa terujakan?


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…" (Al-Nur: 30-31)


Setuju tak?


Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan




4. Ketika janji nak "dating" ada tak ingat pesan Nabi kita?


“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani?
Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina.




5. Bila nak cari tempat "dating" ada baca tak larangan daripada Nabi ni?
“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)


6. "Opsss!! Sori tersentuh tangan. Hehe..." Itu mula-mula, lama-lama dah biasa kan? Tersentuh bahu ada tak? Duduk rapat-rapat? Memanglah beralas tapi tak dosa ke?


"Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( al-Tabarani)


Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?
Sekiranya tidak, maka hebat benar iman orang tu!




7. Dalam seminggu, sebulan berapa kali top up handphone?


"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.” Demikian gambaran atau kedudukan orang yang membazir di sisi Allah (al-Isra’ 27).


Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet, sehingga ada pelajar yang sanggup "berpuasa" untuk berjimat duit belanja sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut.


Kalau pelajar universiti, bila duit biasiswa atau PTPTN masuk, terus keluar berjoli, dengan siapa ye?
Duit yang diberi tu amanah kan?




8. Kadang-kadang baca buku tak masuk kepala, kenapa ye? Kenapa hati susah menerima ilmu? Ilmu itu cahaya, kalau hati kotor dan gelap, bagaimana cahaya mahu menembusinya?


Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syed Waqi' tentang kesusahan dirinya untuk menghafal Al Quran . Gurunya menyuruh Imam Syafie meninggalkan segala dosa besar dan dosa kecil kerana :
"Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya ALLAH SWT itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat".


Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Ilmu hanya menghuni di hati yang suci bersih.


Walaupun kita pandai, tapi berkat tak ilmu tu?




9. Prestasi belajar kita pula bagaimana? Ada orang kata boleh mengganggu tumpuan dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’, betul ke?


"Maka apabila mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mereka itu mempunyai telinga dan dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (Al-haj, ayat 46)


Benar cinta itu buta, sampaikan hati juga menjadi buta. Buta hati.




10. Apa perasaan ibu bapa kita kalau nampak anak mereka di sekolah, di universiti seronok berkasih-kasihan dengan kekasih hati? Apa perasaan mereka kalau dapat tahu anaknya sudah terlanjur?


"Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka."


Mak telefon hari ahad, tanya kita kat mana. Kita jawab sedang belajar di bilik, padahal sedang berseronok keluar dengan kekasih di bandar.




11. Kalau cikgu atau pensyarah dapat tahu kita belajar main-main, tak fokus dalam kelas, tak siap assignment sebab sibuk bercinta, tak terguriskah hati mereka?


"Menyakiti hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal."




12. Setuju tak? Bila bersama dengan kawan kita kurang berbuat dosa, tapi bila bersama kekasih banyak dosa kita buat. Sampaikan hati yang rasa bersalah pada mulanya semakin lama sudah tidak rasa bersalah, malah sudah tidak malu untuk buat dosa tersebut. Hati rasa seronok berbuat dosa.


"Bila dosa semakin menimbun, Allah janjikan neraka, ekoran banyak melanggar perintah Allah SWT dan amaran Rasulullah SAW. Lebih buruk lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah SWT." Naudzubillah!




13. Solat kita khusyuk tak?


Sentiasa lalai dan leka daripada mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran tidak lagi mengingati Allah hatta ketika dalam solat sekalipun kerana jiwanya yang cenderung kepada mengingati pasangannya. Oleh yang demikian tiada ketenangan dalam jiwa mereka kerana ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.




14. Mengapa hati tak tenang dalam setiap perkara kita lakukan? Hanyalah dengan mengingati Allah hati akan tenang. 
 "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". (Ar-Ra'd : ayat 28)


15. Bila nasi sudah menjadi bubur, boleh tak bubur nak jadi nasi semula?


Hilang maruah dan harga diri kerana terlanjur melayan perasaan cinta tersebut. Telah terbukti gejala seks bebas yang menimpa remaja pada masa kini semuanya bermula dengan bercinta pada usia muda. Lebih parah lagi mereka menjadi ketagih dengan zina. Jika tidak dapat berzina mereka sanggup beronani untuk menghilangkan kergersangan.  Dosa besar yang mereka lakukan ini menyebabkan iman tercabut daripada hati mereka dan tunggulah azab yang pedih di neraka.






16. Kalau sudah berumahtangga nanti, suami dapat tahu bagaimana pula?


Ikatan perkahwinan yang akan datang menjadi keruh sekiranya suami mengetahui sejarah silam pasangannya yang pernah bercinta dengan orang lain. Pelbagai andaian buruk akan terbayang dalam fikirannya. 


Adakah pasangan yang bercinta pada zaman persekolahan atau zaman universiti akan kekal hingga ke alam perkahwinan? Apakah perasaan sekiranya dapat tahu suami atau isteri pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini?




17. Adakah kita tahu mengapakah kite semua diciptakan oleh Allah di dunia ni? Allah tak menciptakan kita hanya suka-suka. Hanya untuk enjoy dan suka-suka.




"Maka apakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"-Surah Al-Mukminun (23):115




Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah dan juga mengabdikan diri kepada Allah SWT.


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku." -Surah Adz-Dzariyat (51):56..


Bercinta selepas kahwin itu beribadah, bercinta sebelum kahwin itu bermaksiat. 






















REMAJA, ZINA DAN SEKS


Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh. Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.


Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu.


"Tapi jangan jadi binatang!"


Allah beri manusia akal yang sihat lagi cerdik berbanding binatang. Anugerah seks yang Allah beri perlu disyukuri dengan cara paling hormat!


Malah Allah sesekali tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah. Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.


Susahkah berkahwin?


Sebagai satu agama yang amat hebat, Allah yang Maha Cerdik menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang banyak kali kita baca , perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’


Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.


Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah. 














TAKUT JADI REMAJA?


Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut Nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.


Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.


Sebagai seorang pelajar kenanglah jasa ayah dan ibu yang bersusah payah membesar kita. Balaslah jasa mereka, buktikan kepada mereka, dan jadilah anak yang soleh solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.


"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri


Maka, sibukkanlah diri kita dengan belajar dan "berkerja" untuk Islam. Pasti dan insyaAllah kita akan terselamat daripada perangkap syaitan mahu pun perkataan yang bergelar "onani".


Perlu diingatkan bahawa :


"Syaitan akan menjadikan mereka yang terlibat dengan budaya couple ini merasakan perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan kepada mereka. Maka pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan mereka. 
Antara alasan yang diberikan ialah untuk semangat belajar, hilangkan tension, senang nak mengadu masalah, peneman di waktu kesepian, hilangkan boring, untuk menenangkan fikiran, tidak ingin ketinggalan zaman, untuk memudahkan ‘study group’ dan beribu alasan lagi. 
Semua itu adalah tipu helah dan jerangkap samar yang dipasang oleh syaitan untuk memerangkap remaja Islam masa kini."


Amalkan lah langkah pencegahan menurut Islam :


1.  Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.
2.  Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.
3.  Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.
4.  Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.
5.  Tidak melayan orang yang tidak dikenali di FB kerana ramai sudah "terbabas."


Sumber : http://muslimdoktor.blogspot.com/
Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Friday, 9 December 2011

Berkat doa darinya



Ada dua orang manusia ni..mereka terdampar di pulau yang berbeza, si A terdampar di pulau A dan si B terdampar di pulau B. Mereka masing-masing tak dapat nak pulang kerana tiada yang datang untuk menyelamatkan mereka..terdampar la mereka berdua dalam keadaan yang lapar dan dahaga.

Pada suatu hari, mereka menerima satu ilham dari Tuhan bahawa salah seorang daripada doa mereka akan diterima mengikut keikhlasan hati masing-masing. Maka si A dan si B berdoa siang dan malam untuk memastikan doa mereka dimakbulkan..


Selepas itu, setelah beberapa hari mereka berdoa..ada satu kapal datang menghampiri pulau si A dan datang untuk menyelamatkan dirinya. Oleh itu, si A pun di selamatkan dan di bawa pulang ke rumah..si A berbangga kerana doanya dimakbulkan dan di terima ternyata dirinya ikhlas dalam berdoa berbaanding si B yang tidak dimakbulkan doanya itu. Si A berasa sangat bangga dan merasakan dirinya lebih disayangi oleh Tuhan.

Doa si A : Ya Allah, berikanlah bantuan kepada ku untuk aku pulang ke rumah. Berikanlah aku itu dan ini...dot..dot..dot.dot..(semuanya berkisar tentang diri sendiri)

Doa si B : Ya Allah, kau makbulkanlah segala doa dan kemahuan si A. Amin..

Hakikatnya, bukan doa si A yang dimakbulkan tetapi doa si B yang diterima oleh Tuhan..kerana hatinya lebih ikhlas, tidak pentingkan diri sendiri dan berdoa untuk orang lain. Si A pun terus dan berterusan berasakan dirinya hebat dan disayangi oleh Tuhan..

P/s : Kadang kala kita berjaya..bukan berkat doa kita sendiri. Mungkin berkat doa  ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, keluarga mahupun orang lain. Mungkin juga bukan doa kita yang dimakbulkan oleh Allah, mungkin juga doa mereka semua yang diterima..oleh itu, kita tak boleh riak dan lupa daratan. Barangkali, mungkin seumur hidup ini..semua kejayaan datangnya berkat daripada doa orang lain. Mungkin!!

{ cerita kat atas tu ada pengubahsuaian daripada saya sikit, jalan cerita asal macam dah lupa sikit-sikit :) }

Doa orang yang cepat dimakbulkan dan doa yang tidak dimakbulkan

SUMBER : http://atikaahmadiah.blogspot.com/ =)

Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Thursday, 8 December 2011

Maksud Tabarruj


Assalamualaikum =)
Tetiba ana rajin nak ceritakan makna tabarruj .. lepas nie , mungkin ana rehat meng'update' blog .. Taun depan ana nak SPM .. Doakan ana yerr .. hhee .. InsyaAllah , kalau ada masa , ana akan share Ilmu atau cerpen yg menarik untk antum semua .. InsyaAllah .. Jika ada apa-apa yang ana ada salah silap , tlong tegur ana yerr .. Ana pun manusia biasa yg selalu melakukan kesilapan .. Sebelum ana terangkan dengan lebih lanjut , kita lihat dulu penutup aurat perempuan decara detail ..

Aurat wanita dengan lelaki ajnabi
Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

Aurat wanita dengan wanita muslim
Antara pusat hingga lutut namun bukan syarat untuk mendedahkan dengan sengaja

Aurat wanita dengan wanita bukan Islam
Sama aurat dengan lelaki ajnabi tapi terdapat kes yang diringankan seperti tinggal di asrama

Berbalik kepada tajuk kita , apakah maksud Tabbaruj ? 

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorag wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat .. Faham ? hm , sebagai contoh , Imah memakai make-up , perhiasan di jari , perhiasan di kaki ataupun fesyen yang terlalu menarik perhatian walaupun menutup aurat .. Kesemua perbuatan berhias ini , jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal dan perhiasan ini menarik perhatian , maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang ..

Contoh situasi yang menunjukkan tabarruj :

Apabila berjalan , kedengaran bunyi gelang kakinya sehingga ia menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup , ini juga dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang ..

Apabila seseorang wanita itu memakai sehelai tudung ( fesyen terkini seperti shawl berwarna warni ) dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain , maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah juga dilarang walaupun rambutnya terlindung .. 

Apabila seseorang wanita itu memakai jubah atau baju kurung yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian , maka ini adalaj tabarruj dan ini adalah dilarang sama sekali walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut dalam Islam walaupun menutup aurat sesempurnanya ..

Kesimpulannya , walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi menarik perhatian orang lain , ini sudah dikira tabarruj , apatah lagi jika pemakaiannya berjubah tetapi ketat di bahagian tangan , bertudung tapi sanggulnya tinggi .. Waallahua'lam .. =D


Sumber : Dr.Cinta Punye Blog =) ( Tabarruj dosa yang dianggap biasa )

Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Tuesday, 6 December 2011

Cerita Di Sebalik Zina Hati






Assalamualaikum .. Hari ini ana nak kongsikan satu cerpen yang mungkin kita terlepas pandang .. cerpen nie dah lama dihasilkan .. ana x tau sumber asal .. mungkin ada yg dah baca , dan mungkin ada yg belum pernah membacanya .. Btw , jom baca =)




***************************


" Siti Syazwani , Happy Birthday ! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya .. All the best in everything you doa .. Jaga diri & iman baik-baik ya ..
- Amin , UK - "

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas . Cukup ringkas . Namun . Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini ? Jika tidak , tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku . Dah lah pakai nombor orang lain , siap tulis nama penuh aku pula tu . Tak pernah pula dia tulis macam ni .. Ish , hati mula ragu-ragu . Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku .


Adakah dia sudah ...... ? Argh , tak mungkinlah ! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas . Namun , sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya . Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon , SMS , email , YM dan juga friendster . 


Dan ketika itu . Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara , dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin . Setahun sekali tak salah rasanya . Melepas rindu lah sedikit . ' Boring ' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja . Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah . Ulang-alik setiap hari pun boleh .

Di KL . Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa . Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang . Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari . Walaupun dia beralasan sibuk , tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana . Nak tak nak . 

Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya . Asal boleh berjumpa , ia sudah cukup bagi aku . Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat . Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu . Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah , Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ' early dinner ' di situ . Kemudian , satu detik yang agak ' mengingatkan ' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku ..

Dia ada bertanya " Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye ? " Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ' couple ' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman . Aku tergamam sekejap . Huh . Agak menduga , tapi ' simple ' saja . " Ala , kita ni baik sikit . Tak ada pegang-pegang . Tutup aurat elok . Sampai waktu solat , kita solat . Erm , Islamik sikit lah pendek cerita ! "

" Hmm .. " Amin hanya mengangguk-angguk .

" Dalam Islam ada ke macam ni ? " Amin menduga lagi .

Erk .. Semakin terkesima aku dibuatnya . Kali ini aku terus diam terpaku . Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini . Kalau aku jawab lagi , mesti dia ' counter ' lagi . Huh . Diam sahaja lah !

" Erh , abaikan saja lah . Saja saja saya tanya .. " Amin cuba menyedapkan hati .

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru , dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu . Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ' rasmi ' ini .
Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku . SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja . Itu pun boleh dibilang dengan jari . Namun . Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam . Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat , kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli . 

Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada . Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah . Dia juga ada berpesan - ' Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting . Insya Allah , kemudian Dia akan jaga hubungan kita . '

Jadi , apakah yang akan berlaku selepas ini ? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu . Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini . Aku masih setia menanti kepulangannya . 


Dan aku yakin dia juga setia pada aku . Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia . Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain . Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ' playboy ' pada masa kini .
Ops ! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian .

' Tuuut ... Tuuut ... ' Nada dering SMS berbunyi . Nombor Amin yang terpapar .

" Esok free tak ? Boleh kita chatting ? "

" Boleh .. Saya free saja .. " jawab aku ringkas . Erm , mesti dia saja nak buat ' surprise ' . Aku dah agak dah , takkanlah dia hantar SMS saja untuk wish birthday . Aku . Keyakinan aku mula bertambah . Dia masih sayang padaku .

" Ok . thank you .. " balasnya pula .

Keesokannya . Aku menanti awal dia online .

' untuk .. untuk .. untuk .. ' Amin has signed in .

Oh , tepat sungguh waktunya ..

Amin : assalamualaikum wbt.

Wani : wsalam ..

Amin : apa khabar ? sihat ? iman baik ?

Wani : alhamdulillah .. sihat2 .. =) awak ?

Amin : alhamdulilah .. baik2 juga .. iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni .. tapi tak mengapa , ok saja semua

Wani : awak tak balik ke tahun ni ? btw , thanks for the birthday wish last week ..

Amin : welcome .. tak balik .. banyak kerja sikit tahun ni .. lagi pun saya nak try bekerja .. cari duit ..

Wani : wah , rajinnya .. baguslah !

Amin : hurm ..

Amin : study macam mana ?

Wani : ok saja .. new sem ni berat sikit .. Jadual pack ..

Amin : oic ..

Amin : tak mengapa , study rajin2 ye ..

Amin : hurm , dah lama nak tanya ni sebenarnya ..

Amin : hurm ..

Wani : apa dia ? tanya lah .. sila2 ..

Amin : 1st of all sorry dulu ye .. hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang ?

Wani : erh .. macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ' kawan ' .. tak lebih daripada tu .. tapi , special sikit .. tiada couple-couple macam org lain .. declare pun tak kan ?

Wani : so , statusnya kawan saja lah ..

Amin : hurm ..

…..

Wani : erh , tak betul ke ?

Amin : hurm .. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram , tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja .. yang lain-lain .. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima ..

Aku tergamam seketika .. Tertampar keras juga rasanya ..

Wani : jadi ..

Amin : saya rasa kita harus stop .. stop untuk berpisah ..

Amin : sebab ……

Amin : sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru ..

Amin : benda ni akan buatkan hati ternodai .. zina hati akan banyak berlaku ..

Amin : walaupun kita jauh , tak call , tak jumpa dll , tapi hati tetap ber'zina' …

Amin : huh …

Amin : saya bercakap itu dan ini pada org ramai … tapi , dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat …

Amin : kononya Islamik …

Amin : saya rasa cara ni tak betul … kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam … then , org nampak Islamik …

Amin : saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini ..

Amin : hurm …..

Amin : jadi , saya rasa kita harus berpisah …

Amin : demi menjaga diri … & sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi …

Amin : sorry … sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat …

Amin : dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya …

Amin : andai ada jodoh , moga dipertemukan …

Astaghfirullahalazim . Aku beristighfar panjang . Ku kesat peluh di dahi … Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja . Sedikit terpercik pada keyboard laptop . Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini . Ringkas , lembut , berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata . Sedih , pilu , kecewa , dan sesekali timbul rasa kesal pun ada . Tapi , semua itu tak bermakna lagi …

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut . Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu . Di saat ini , hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini .
Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan . Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh , mengikut jalan taghut , mencampurkan halal dan haram , serta mengandungkan yang Islam dan al-hawa …

Cinta hakiki hanyalah pada Allah …

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu ; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya , kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali , mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka . Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu .

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya . Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini .

Aku terus menjawab ringkas ...

Wani : thanks & sorry too … saya terima … Alhamdulillah …

Wani : moga awak bahagia dan sukses selalu di sana . doakan saya juga .

Wani : wassalam .

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya . Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa ? Ya , kami memang saling menasihati dan bertazkirah , saling mengejut Qiamulail , saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis , tapi semua itu memang tak betul caranya. 


Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi … Astaghfirullah ... Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu .

"Sayang .. Cepat turun , Nurul dah nak sampai .. " Ops ! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku , Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin .

"Ya bang , Wani turun .. "

Alhamdulillah … Siap semuanya .. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah .. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ' presentation ' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ' Belia Negara 2057 ' esok . 

Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan siswa siswi harapan agama dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta .


SUMBER : note facebook  Siti Shairah Mnr 
Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Monday, 5 December 2011

Tragedi Masjid dan Rumah Pelacuran Dirobohkan




Assalamualaikum .. Hari ini ana ada satu cerita untuk dikogsi bersama antum semua .. cerita apa ? haaa ! cerita tentang dua beradik yang berlainan perangai .. Ingat ! Orang yg mengingati mati itu adalah orang yg paling BIJAK ! kenapa ? kerana sentiasa bersedia menghadapi mati dengan sentiasa melakukan amal kebaikan dan menjauhi larangn Allah .. Apabila ingin membuat maksiat , sentiasalah lintasakan dalam hati dengan satu perkataan iaitu MATI .. Orang baik , belum tentu ke syurga .. Orang jahat , belum tentu ke neraka .. Allah boleh tarik HidayahNya bila-bila masa dan boleh beri HidayahNya bila-bila masa .. Jom Baca =)


ADA DUA LELAKI . Keduanya adalah saudara kandung . Lahir di dlm keluarga yng taat beragama . Namun perilaku dua orng itu berbeza .

Yang tua , sejak kecil dikenal baik , alim dan ahli ibadah . Ia tidak suka menyakiti orang lain . Tidak suka huru-hara . Tak pernah mnyentuh gelas minuman keras ( arak ) apalgi meminumnya . Waktu mudanya bnyk dihabiskn di masjid . Ia juga tidak ska bergaul dngn wanita yng bkan mahramnya . Pernah ia dirayu seorang gadis cntik yng masih sepupunya , nmun dia teguh dlam keimanannya . Kerana amal perbuatannya yang baik dan akhlaknya yng mulia , dia dicintai oleh keluarga dan masyarakat .

Sedangkan adiknya , sngt berbeza dgn abngnya . Sejak kecil dikenal nakal . Sejak remaja sudah biasa masuk tmpt maksiat . Rumah pelacuran adalah tmpt biasa ia mangkal . Hampir setiap hri dia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat di rumah pelacurannya miliknya itu . Kadang-kadang dia juga ikut sekumpulan perompak , untuk merampas harta orang lain . Ketika merompak ia bahkan terkadang juga melakukan pemerkosaan . Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijikkan telah ia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya . Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat .


Suatu ketika , sang abang yang alim dan ahli ibadat merenung sendirian . Tiba-tiba nafsunya berkata padanya :

" Sejak kecil selalu berbuat kebaikan dan beribadat . Kau telah mendapat tempat di hati masyarakat dan dikenali sebagai orang baik . Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun . Kenapa tidak sekali engkau datang ke tempat pelacuran iaitu tempat adikmu . Sesekali sahaja . Setelah itu kau boleh bertaubat . Kau boleh beristighfar beribu kali dalam solat tahajjud . Bukankah Allah SWT maha Pengampun ? "

Pujukan hawa nafsu ternyata masuk dalam fikirannya . Ia berkata pada dirinya :

" Benar juga , Kenapa aku tidak pernah menghibur diri ? Hidup cuma sekali . Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di tempat pelacuran adikku . Setelah itu , aku pulang dan bersujud kepada Allah SWT . Dia Maha Pengampu lagi Maha Penyayang . "


Sementara itu , di rumah pelacuran adiknya merenung :

" Sudah bertahun-tahun aku hidup dengan dosa . macam-macam maksiat telah aku lakukan . Keluarga dan masyarakat telah membenciku . Kenapalah aku tidak berbuat baik seperti abangku ? Bagaimana jika esok aku mati ? Bagaimana aku harus bertaubat atas dosa-dosa ku ? Malam ini selepas maghrib , aku ingin ke Masjid tempat abangku beribadat . Aku mahu bertaubat . Semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosaku . "

Maka , setelah malam menjelma , mereka pun melaksanakan niat masing-masing . Sang abang menuju ke rumah pelacuran setelah solat maghrib manakala sang adik menuju ke masjid dan meninggalkan rumah pelacuran itu . Mereka menggunakan jalan yang berlainan sehinggakan mereka tidak bertemu di perjalanan .

Sampai di tempat pelacuran , Si abang mencari adiknya . namun tidak dijumpainya . Si abang tetap melaksanakan niatnya walaupun adiknya tiada . Dia menuruti segala keinginan nafsunya bersama penari-penari di rumah pelacuran itu .

Di tempat yang lain , si adik pun sampai ke masjid . Dia mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid . Ia mencari-cari abangnya tetapi tiada di situ . Dia meneruskan niatnya meskipun abangnya tiada . Ia melakukan solat dan beristighfar sebanyak2nya dengan bercucuran air mata .

Tiba2 bumi bergoncang dengan kuat .

" Awas , ada gempa ! ada gempa ! " teriak orang di jalan . Semua orang panik . tetapi si adik yang sedang khusyuk beribadat tidak berganjak dari tempatnya . Demikian juga si abang yang sedang terlena di rumah pelacuran . Dia sama sekali tidak merasakan gempa tersebut . Gempa bumi tersebut menyebabkan banyak bangunan roboh termasuklah masjid dan rumah pelacuran .

Keesokan harinya , si abang di temui mati di bawah runtuhan rumah pelacuran disamping wanita-wanita penari dalam keadaan yang memalukan . Sedangkan si adik ditemui mati di bawah runtuhan masjid dengan mashaf Al-Quran di dalam dakapannya .

Masyarakat yang tahu ihwal kedua adik-beradiknya itu menitiskan air mata . Mereka tidak henti berfikir , orang yang selama ini dikenali ahli ibadat kenapa boleh mati dengan cara yang demikian tragisnya . Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah . Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga . Bahawa kematian boleh datang bila bila saja . Hanya ALLAH yang tahu . Maka jangan sekali kali menurut hawa nafsu , siapa tahu saat menurut hawa nafsu itulah saat itulah maut menjemput . na'udzubillahi hi min dza lik . bahwa niat baik harus dijaga , agar ALLAH S.W.T menganugrahkan akhir hidup yang indah dan diredhai . 

" YA ALLAH KURNIAKANLAH KPADA KAMI KETEGUHAN DAN KEISTIQOMAHAN BERADA DALAM JALANMU . KURNIAKANLAH KPD KAMI HUSNUL KHOTIMAH AMIN YA RABBAL 'ALAMIN . "

Dipetik dari :
http://www.facebook.com/note.php?note_id=454896990920&id=100000817431668



Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Saturday, 3 December 2011

Apakah Hukum Sebenar Memakai Braces ?




Assalamualaikum .. Hari ini ana nak ceritakan tentang hukum memakai pendakap gigi .. sebelum tu ! Comel x kambing di atas .. hee , gurau gurau .. Jom Baca =)

Apakah asal hukum memakai pendakap gigi ?



Nabi saw bersabda :


لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Hukum asal memakai braces / pendakap gigi ini adalah harus.. bukan haram seperti yang selalu disalah anggap.. Ini kerana illah (sebab) asal pemakaian braces ini adalah untuk tujuan perubatan.. Iaitu untuk memperbaiki struktur gigi.. Kalau struktur gigi tak tersusun, maka pelbagai masalah akan timbul.. Contohnya makanan yg melekat di celah2 gigi yang mana berus gigi pun sukar untuk membersihkannya, akan menyebabkan kehadiran bakteria.. seterusnya menyebabkan mulut berbau longkang.. dan akan menjadi gangguan bagi rakan2 dan keluarga..


Jika ia mendatangkan aib atau jelik , harus memakai pendakap gigi .. contohnya , ada orang perli , kutuk dan sebagainya .. asalkan bukan niat untuk mencantikkan gigi ..


Kesimpulannya , perkara ini akan menjadi HARAM jika berniat untuk tujuan kecantikan .. Untuk mengelakkan perkara ini, maka pakailah braces dengan niat untuk memperbaiki gigi, dan bukannya dengan niat nak mencantikkan gigi (menjarangkan gigi) .. Kadang2 ada gak orang pertikai .. orang kata, bukankah memakai braces itu tujuannya adalah untuk mencantikkan gigi? Di sinilah kita akan nampak kepentingan niat .. Niat untuk memperbaiki struktur gigi itu menjadikan hukum memakai braces menjadi harus.. dan kita cuma perlu berpegang dengan niat kita kerana Allah, kerana hukum itu tidak tertakluk kepada manusia ..


Sumber : Google ( campur dijadikan satu artikel )
Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Thursday, 1 December 2011

Siapakah Malaikat yang akan menjaga kita ?


Assalamua'laikum .. Post kali ini ana nak share satu kisah .. Kisah ini adalah perbualan antara Bayi dengan Tuhan .. Allah telah utuskan seorang Malaikat untuk menjaga bayi itu di dunia .. Siapakah Malaikat itu ? Jom baca =)

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata. 

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” 

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”



Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu

Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Jagalah hati Ibu anda sebelum Allah mengambilnya kembali .. Kepada yang sudah tidak mempunyai ibu , anda masih ada Doa untuk ibumu .. Ingat ! Tanpa ibu , tidak akan wujud dirimu .. Sayang Ibu  =')


Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D