hidup ku


Saturday 2 November 2013

Hidayah Allah ! Perlu Dicari atau Ditunggu ? Hmm ..


Assalamualaikum ! Alhamdulillah , bernafas lagi kita yer hari ini ^_^ dah lama sangat tak update post dalam blog ni .. sibuk memanjang .. InsyaAllah , lepas ni paling minima sebulan sekali ana update post .. 20/11/13 sudah nak stpm penggal 1 .. mohon sahabat semua doakan kami dipermudahkan untuk menjawab soalan dalam keadaan rilex dan selamba , InsyaAllah :) .. haaaaa ! apa benda pula irfan nak cerita hari ni ? kebelakangan ni , bila ana perhatikan home page di facebook , macam-macam benda sahabat update status .. kebanyakkannya pasal Hidayah Allah .. ada yang berbunyi negatif dan ada yang berbunyi positif .. negatif tu lagu mana ( macam mana ) ?

" aku ni bukannya tak reti pakai tudung , cuma perlukan masa untuk terima yang aku ni bertudung .. TUNGGU lah seru ( Hidayah ) datang dulu , baru aku bertudung .. "

" rilex lahh .. awal lagi nak bertaubat .. usia masih muda .. time ni lah nak enjoy ! TUNGGU tua dulu , baru cari agama ( Hidayah ) .. kan ? "

" solat ? TUNGGU lah dulu .. dapat Hidayah baru aku taubat .. apa susah ? "

yang positif macam mana pula ?

" aku berubah secara drastik .. semua terkejut dengan perubahan aku .. Hidayah milik Allah .. bila dapat peluang macam ni , aku kena jaga sebaik2nya .. terima kasih ya Allah "

" ada sahabat , non muslim masuk Islam .. dapat Hidayah Allah setelah cuba mencari kebenaran .. Allah Maha Penyayang .. Allah bantu hambaNya yang teraba-raba mencari kebenaran .. Subahanallah "

Manusia ni macam2 perangai .. ada yang buruk , ada yang baik .. bukan mudah untuk jadi baik .. tapi cukup mudah untuk jadi tidak baik .. bukan mudah untuk membina Masjid .. mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkannya .. tapi cukup mudah untuk menghancurkan Masjid .. hanya mengambil masa tak sampai sehari untuk meruntuhkannya .. Tapi , manusia paling beruntung adalah manusia yang dapat Hidayah Allah sebelum mati .. walaupun dapat Hidayah sehari sebelum malaikat mejemputnya , ia adalah insan yang cukup beruntung .. 

Persoalannya , Hidayah Allah perlu dicari atau cukup sekadar tunggu tanpa usaha mencarinya ? Hidayah Allah ni ibaratkan duit .. kalau nak teruskan jalani kehidupan yang baik , usaha mencari duit yang banyak perlu ada .. kalau tak usaha , tak dapatlah duit .. Tapi ! kadang2 kita dapat duit macam durian runtuh .. menang cabutan bertuah .. tak semua yang dapat .. begitulah juga dengan Hidayah Allah .. ada manusia yang perlu mencari Hidayah dan ada manusia dapat Hidayah seperti durian runtuh .. Ada non muslim cari kebenaran .. Allah detikkan di hatinya untuk mencari kebenaran sehinggalah dia mengenali apa itu Islam .. 


sebenarnya , cukup hebat kesan Hidayah kepada seseorang .. cukup hebat .. berapa ribu manusia yang dari lahir lagi berstatuskan Islam tapi tak pernah kenal apa itu Islam ? " aku tak tahu apa itu rukun Islam , rukun Iman .. dan aku tak pernah tahu macam mana nak solat .. ".  Ada yang dah lama berstatuskan Islam tapi tak pernah kenal Rasulullah .. yang hanya dia tahu Rasulullah itu nabi utusan Allah .. berbeza pula dengan non muslim baru masuk Islam .. baru masuk Islam , dah kenal Rasulullah .. dah tahu macam mana ambil wuduk , dah tahu macam mana nak solat .. sebab apa ? sebab perasaan inginkan kebenaran .. itulah penagan kepada manusia yang dapat Hidayah Allah .. Ada seorang sahabat .. dari lahir lagi sudah berstatus Islam .. dulu pakaian mengalahkan pelacur .. tapi setelah mendapat hidayah Allah , penampilannya mengalahkan ustazah biasa ( berpurdah ) .. hebat bukan ? Subahanallah :)

" eh fan , ada tak tips macam mana nak dapat hidayah Allah ? macam best je .. mesti syok kan ? "

Tips ? hmm , apa dia ek ? haaaa ! usaha ! bukan hanya bercakap je .. ' aku nak berubah ! ' tapi harommm , tak ada usaha .. macam mana ek ? 

1. Sentiasa mendengar ayat2 Al Quran dan cuba cari makna ayat2 tersebut ..

2. Sentiasa dengar lagu2 yang mendidik jiwa .. tak kisah nashid atau apa .. lagu yang membuatkan anda makin dekat kepada Allah dan rindu kepada Rasulullah ..

3. Cari sumber inspirasi .. contoh ? cari seorang sahabat yang sentiasa menceritakan Islam kepada kita .. kerana sahabat macam ni , mampu bantu beri makanan rohani yang baik untuk kita ..

4. Sentiasa baca / tonton mengenai seseorang berkongsi bagaimana dia mendapat hidayah Allah .. contoh ? " Ini Kisahku " .. cuba search dekat pak cik google .. klik video .. ramai artis menceritakan bagaimana mereka mendapat Hidayah Allah .. ( kalau ada sahabat ingin berkongsikan pengalaman , boleh komen post ni .. untuk sahabat lain baca .. manalah tahu ia berguna InsyaAllah )

5. Mohon kepada Allah .. always doa " Ya Allah , berikanlah kami taufik dan hidayah serta bimbinglah kami ke jalan yang benar .. " .. doa dalam keadaan menghayati setiap perkataan yang ditutur ..

6. Sentiasa menjaga anggota badan daripada melakukan zina ( zina hati dsb )

7. Banyakkan bersyukur ! syukur apa yang ada pada kita .. " syukur alhamdulillah .. aku ada tangan , dia tiada tangan .. " " syukur alhamdulillah .. motor aku lagi sihat daripada motor pak cik tu " ..

8. Jaga solat ! :) pastikan cukup ! tak tahu ? boleh belajar kan ? ;)


Dan macam2 lagi .. kalau sahabat ada tips lain , boleh share tips tersebut dekat komen post ni .. mana lah tahu , tips tu mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik ^_^ untung sahabat :) .. haaa ! kepada insan yang masih mahu tunggu hidayah Allah , fikir betul2 , " apa yang akan jadi kat aku di akhirat nanti jika Allah tak hadiahkan HidayahNya kepada aku sebelum malaikat jemput aku ? apa alasan aku ? " .. 

Kepada yang bakal / sudah mendapat Hidayah Allah , ingat ! cabaran ( ujianNya ) akan menjadi semakin mencabar .. nak masuk syurga bukan senang .. syurga adalah untuk insan yang benar2 layak .. InsyaAllah , ana akan ceritakan lebih lanjut mengenai " UjianNya " untuk post yang akan datang .. cukuplah sampai di sini dahulu , kalau panjang sangat , boring pula nak baca kan ? jangan lupa doakan kami yang bakal hadapi peperiksaan penting  ( SPM & STPM ) ^_^ Assalamualaikum =)

" Ya Allah , berikanlah kami taufik dan hidayahMu serta bimbinglah kami ke jalan yang benar .. Engkau kuatkanlah iman kami , mantapkan lah iman untuk menghadapi segala UjianMu ya Allah .. Engkau selamatkanlah saudara2 kami daripada ditindas .. Engkau hancurkan lah musuh2 Mu Ya Allah .. Engkau berikanlah kemenangan kepada mereka .. amin amin amin yarobal 'alamin .. "





Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Thursday 30 May 2013

Orang Beragama Lebih Baik daripada Orang Yang Hanya Pandai Agama


Assalamualaikum =)
Lama sungguh tak sentuh blog nie .. Dah penuh dengan sawang .. Hee .. Minta maaf sebab lama sangat tak update post dekat blog nie .. Ramai juga yang bising .. minta maaf lagi sekali .. macam macam benda kene buat , sampai tak ada masa nak update blog nie .. By the way , hari nie ana nak kongsi kan satu kisah , satu pengalaman dan satu cerita yang mungkin kita boleh ambil sedikit point untuk mengubah hidup kita .. jom baca =)

Mujahadah. Entah anda setuju atau tidak. Tapi ada kebenarannya. Realiti kehidupan adalah perlu survive diri sendiri. Jgn harap org lain ubah kita. Tapi kitalah yang ubah diri kita sendiri.
Cumanya, beza orang yang ada asas tarbiyyah agama (dari sekolah agama) dengan tidak; andai seseorang yang ada asas agama kemudian berubah jadi individu yang teruk, suatu hari kerana asas agama itu jugalah yg akan bawa dia pulang ke pangkal jalan. credit : – Muhammad Rusydi -

Saya Memang Bukan Budak Agama

Ya. Saya bukan budak agama, bukan sekolah aliran agama. Saya akuinya. Jadi, saya setuju pada pendapat saudara Muhammad Rusydi kita itu. Sebenarnya, jika di sekolah aliran biasa, mujahadah itu AMAT diperlukan. Amat-amat.
Saya tak tahu apa yang ada di sekolah agama, tapi nama pun sekolah agama, tentulah ISLAM 24 jam diamalkan, secara sukarela atau terpaksa! Saya tahu tu, dan kalian-kalian juga perlu akuinya.
Tidaklah saya nak kata sekolah biasa itu teruk atau sekular. Tidak.
Pengalaman saya, sekolah biasa di tempat saya agak bagus dari segi pengurusan Islamnya. Lagi-lagi, semuanya orang Melayu 100%. Kalau dah Melayu, tentunya Islam, terkejut KING KONG la kalau ada Melayu yang bukan Islam kat sekolah tu kan. :)
Saya pula sebagai seorang pelajar sekolah biasa dari tadika hingga tamat Tingkatan 5, amat merasai perbezaannya. Lagi-lagi bila bergaul dengan budak-budak sekolah agama di dalam laman sosial (FB).
Rasa macam : “Rendah dirinya aku, ilmu agama aku cetek, dia melangit ke angkasa”
Serius. Kadang-kadang, bila saya lihat cara mereka-mereka berstatus, berkomen-komen, berdebat ilmiah, berkongsi ilmu. Rasa jahilnya diri. Depa ni hebat sungguh la! Ilmu depa la. Tanpa ilmu, siapalah kita kan.
Sebab tu saya pandang tinggi pada budak-budak sekolah agama ni. Kalau dah bersekolah agama, tentulah beragama kan. Tentu! Tentu sekali. Jadi, saya tabiklah dengan ilmu yang ada pada mereka-mereka ini. (Jangan lokek kongsi ilmu, tahu? )
Jadi, tak perlu diraguilah bahawa sekolah agama akan mentarbiyyah dan meng’islah’kan mereka menjadi insan yang terbaik. Jika mereka sesat dari pangkal jalan sekalipun, dengan ilmu yang dimiliki, mudah benarlah mereka kembali semula ke pangkal jalan. Tidak syak lagi, ilmu itu cahaya kepada hati.
Seperti yang saya tuliskan tadi, saya dari masuk menimba ilmu di tadika hinggalah tamat Tingkatan 5, saya tidak merasai seperti mana pelajar-pelajar sekolah agama rasainya. Saya dan mereka, berlainan sekali.
Dahulu, kalau nak dicerita kejahilan dan kedangkalan ilmu agama saya, amat teruk sekali.
Pada umur saya 15 tahun, saya masih belum menutup aurat. Belum. Tapi, pada masa itu, mak saya amat tegas soal itu. Jika saya mahu keluar dari rumah, dia akan suruh pakai tudung. Jadi, saya ikutkan saja. Namun, walaupun saya tahu perempuan Muslim wajib pakai tudung (tutup aurat), tapi saya tak mengerti sepenuhnya sebab kita wajib bertudung. Tak mengerti sepenuhnya, semasa itu.
Jika saya keluar berdekatan rumah pula, saya langsung free hair saja. Semasa itu juga, solat juga tak terjaga, walaupun ada juga solat tapi selalunya tidak penuh. Mak dan ayah selalu mengingatkan semasa waktu solat. Kadang-kadang, solat berjemaah. Tahap kefahaman Islam saya hampir zero walaupun ada mak ayah mengajar serba serbi dirumah, dan guru agama mengajar basic di sekolah. Jahil sungguh bila mengenangkan waktu kegelapan dahulu. 18-15 = 4 tahun lepas.
Saya rasa, saya mula berubah apabila masuk program Al-Falah iaitu Kem Bina Insan. Saya ada mencatatkan tentang program tu di blog saya. Baca : Saya kini sukarelawan Al-Falah!. Ya. Program selama 4 malam 3 hari tu sedikit sebanyak telah mengubah saya menjadi insan yang sedar akan kepentingan agama dalam hidup.
Daripada tidak solat penuh, saya mula berusaha penuhkan solat lima waktu. Itulah antara perubahan besar yang saya dapat dari program itu. Sesungguhnya saya bersyukur dipilih ALLAH untuk menerima hidayah pada waktu itu, pada akhir usia 15 tahun waktu itu, saya mula buat perubahan diri, selangkah demi selangkah.
Dan pada awal umur 17 tahun, saya sudah pun menutup aurat sepenuhnya. Solat lima waktu penuh. Yang sepatutnya menjadi wajib sejak akhil baligh pada umur 13 tahun lagi, saya sudah lakukannya, tanpa syak wasangka lagi. Sepenuh hati saya rela. Bukan mudah untuk melangkah sehingga ke tahap itu, Ya. Bukan semudah kata-kata.
Sekali lagi saya ulang, saya bukanlah budak agama, bukan pelajar sekolah aliran agama, dari kecil hingga besar, saya tidak terdedah sepenuhnya dengan baris-baris ayat agama. Ilmu agama saya sangat-sangat dangkal. Seperti contoh, saya tak faham apa itu itu fardhu ain, apa itu fardhu kifayah, dan tak tahu apa perbezaan antara keduanya.
Ya. Ustaz Ustazah ada mengajar di sekolah. Tapi, mereka mengajar hanya berdasarkan buku teks tanpa kefahaman yang tak lebih dari sekadar hanya untuk lulus peperiksaan, jadi saya agak gagal untuk memahaminya.
Saya Memang Bukan Budak Agama
Saya Memang Bukan Budak Agama | Muhamad Rusydi Photo Art’s
Sehinggalah usia saya sedikit dewasa dan pemikiran saya agak matang, 16 tahun. Saya mulakan perubahan diri. Mahu mengorak langkah menjadi insan yang terbaik.
Ya. Budak sekolah biasa ini memang bukan budak sekolah agama, tapi dia pasakkan dalam hati bahawa dia mahu menjadi seorang yang beragama! Ya. Beragama.
Jadi, sekarang. Saya sedar. Yang banyak mentarbiyyah saya menjadi seperti sekarang ialah bermula dengan lagu-lagu nasyid berunsur ketuhanan. Saya banyak belajar dari lagu-lagu tersebut.
Lirik-liriknya, saya dalami sepenuhnya dan saya temui banyak barisan lirik yang  membuka hati saya untuk terus mencintai Islam dan mencintai diri yang sudah beragama Islam sejak dari azali lagi ini.
Setelah itu, saya juga banyak belajar dari internet. Laman-laman sosial yang memaparkan ilmu-ilmu agama. Saya baca, dan dari masa ke semasa, saya menapis ilmu-ilmu itu dan akhirnya hanya ilmu yang benar saja yang saya ambil dan jadikan sebagai panduan hidup.
Saya tak nafikan. Lagu-lagu nasyid dan lambakan ilmu di alam maya lah yang telah membawa saya kepada permulaan penghijrahan diri menjadi hamba-NYA yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Dan faktor-faktor yang lain juga seperti keadaan sekeliling iaitu mak yang selalu beli buku-buku dan cd-cd agama. Ayah yang selalu ajak solat berjemaah, kakak yang beragama juga menjadi salah satu inspirasi untuk mengubah diri, ustazah-ustazah di sekolah yang banyak melakukan program keagamaan dan pelbagai lagi faktor yang lain.
Sesungguhnya, saya bersyukur, saya seperti sekarang.
Saya selalu berpegang dengan baris lirik lagu dari Devotees yang berbunyi “Jika kau rebah, jika kau kalah. Bersaksilah rahmat-NYA akan terserlah”.
Dan saya yakin bahawa setiap kali saya rebah menghadapi hidup, akan ada suatu hikmah yang mengiringinya.Meskipun saya masih lagi bertatih dan selalu tersungkur rebah. Selagi saya ada kekuatan iman, saya akan terus berusaha untuk menjadi hamba-NYA yang lebih baik. Dari selangkah ke selangkah. Saya cuba.
 Dan yakin juga dengan keajaiban hadis dari Rasulullah S.A.W ini yang berbunyi “Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan kefahaman kepada dirinya dalam agama.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Subhanallah. Saya bersyukur. Meskipun saya bukanlah pelajar agama, tapi saya mahu beragama. Dan telah ALLAH tunaikan sebaik saja saya mula berusaha untuk mencapainya. Maha Suci ALLAH.
budak agama
# Artikel ini adalah dikongsikan oleh Nur Syazwina Nasarudin. Semoga memberi manfaat kepada pembaca – pembaca semua. Jazakallah =)


Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Thursday 21 March 2013

Tak Ada Makna Hidup Bila Gagal SPM ?


Assalamualaikum ! Allah .. lama sangat tak update .. nak jenguk pun tak da masa .. tak pelah , kali nie ana nak bagi sikit motivasi kat antum semua termsuk ana sndiri .. result dah keluar .. macam2 reaksi yang berlaku .. bila ana buka facebook je , ramai yang menyesal .. yelahh , result not good , siapa yang tak sedih kan ? by the way , penyesalan tu baru sedikit .. bak kata cikgu , 1/100 penyesalan untuk spm .. Jika GAGAL waktu di padang Masyar ? 100/100 .. menyesal sesangat .. namun penyesalan tu dah tak berguna .. sangat2 tak berguna .. knapa ? krna tak boleh perbetulkan malah diundurkan kembali masa untuk bertaubat .. ok ..

mu jngn kcwa kalau x pndai ..
tpi mu kne kcwa kalau prngai mu bruk ..
tgklah kat U .. ramai yg bijak pndai .. pngkat tggi2 ..
phd master , smua ada .. hebatttt .. 
anak mu msuk u pe ? 
tuuuu , kat oxfrd .. 
hebat hebat hebattt ....
tpi bab agama , nak solat pn xtau .. nak mndi wajib pn
xtau .. Islam x suruh umtnya jadi ustaz , ustazh .. tpi srh
umtnya mncari ilmu fardhu ain brpndukan al Quran n sunnah ..
dibimbing pak ustaz n para ulama' ... senang kata , menjadi seorang beragama ..


kkdg aku tgk , ada yg frust smpai nak bnuh diri .. fail spm ,
duduk atas bumbung hotel , nak bnuh diri pnya pasal ..
kalau nak tgokkan btul2 , akhlak yg mantop adalah LEBIH BAIK
berbnding bijak pndai ilmu dunia .. tgklah sstgh budak u ( bkan
smua ) , belajar hebat2 , last2 mngndung ank luar nikah ..
bukan org bdoh , dia tau zina tu dosa besar , buka aurat tu dosa
besar .. tapi iman x kuat .. sbb pe ? sbb x g majlis ilmu islam ..
asyk duk g mjlis ilmu dunia jee .. x salah nak blajar mcm2 ilmu ..
yg salahnya ilmu dunia diutamakan , ilmu akhirt buang ke tepi ..
dah la fail SPM , pi bunuh diri , confirm Fail di akhirat ! bodo sokmo ..
syaitan gelak gembira kerana brjaya tarik seorg mnusia utk menemaninya
di neraka jahanam ..

jngn frust sngt .. cuma cuba ubahkan akhlak tu mnjdi lbh baik ..
cari ilmu agama .. " ishh , x boleh fann .. x da ilmu dunia , x brjaya
kita .. kne cari ilmu dunia dlu " .. haaaaa .. tu mslahnya .. sma gak
ngn akhirat .. xda ilmu akhirt , x brjaya msuk syurga .. hok mana kekal ?
dunia ke akhirat ? smua msti jawab akhrattt .. tapi jngn salah faham , 
yg prlu dicari kne seimbng , dunia akhirat kne ambil .. kalau xda ilmu
dunia , mcm mana nak lksnakan utk bekalan akhrat .. kalau xda makan
minum , mcm mana nak ada tnga nak solat ?  kalau nak bersedakh kena ada duit
halal .. tak ada duit , tak boleh bersedah dari segi kwangan ..

InsyaAllah , kalau brusaha , Allah bg jalan rezeki .. ada sorg member ,
fail dalam spm tapi tetap boleh brjaya dengn brniaga .. berniaga tu
salah satu usha mncari rzki .. jnji halal .. jngn pndng hina dkt org ktip
smpah .. kne brtrma kasih .. kalau xda deme , pnuh smpah kat sungai ..
asal lalu kat sungai je , buang smpah .. tu pn ada org kutip smpah tiap2
rmah .. keje deme halal .. yg makan rasuah tu kne pndang sinis .. yess ,
smpai 7 kturunan x hbis hrta tu .. tpi kita yg msuk kbur , merana .. nak
msuk dunia balik ? x dapaaatt .. mmg xdpatt .. sbb pe ? sbb akhrt tu kekal
slama2nya .. kan dah rugi ..

jngn pula taksub sngt kat agma lak .. Islam larang bnde nie .. ' sya xnak
kawin sbb nak bribadat kpda Allah ' .. heyyy , dalam Islam xda mcm tu ..
Islam mngjar kita utk seimbng dunia n akhirt .. akhirt di dahulukan , dunia
diutmakan .. Rasulullah bngga umatnya ramai .. kita nie yg Islam kne
cuba sedaya upaya utk buat Rasulullah bngga .. kawinlahh bila ada ilmu ,
ada harta .. bila kawin , dapat lahirkan anak2 yg bragama islam .. dan
brbekalkan ilmu yg ada di dada , share kpda anak2 bini .. nak msuk syurga
jngn sorg2 .. kalau boleh ajak seramai mngkin .. kahwin jngn x kahwin ..
tpi blik kpda konsep , ilmu akhirt didahulukan .. maka , dapat lhirkn anak2 bragama Islam yg mnghyati ajaran Islam , bukan Islam di Ic semata2 ..

cikgu azuan pun ada cakap , masih ada peluang nak berjaya ..
cuma kita nie kena pndai cari jalan .. lepas nie , msuk lah mana2 yang
layak .. jangan memilih sangat , bak kata pengetua .. org bagi , ambil ..
tapi kaji sikit2 spaya selamat .. lepas msuk U , buku spm ditutup ,
buku msuk U buka mula cerita baru .. dekat situ korang
boleh berjaya kalau belajar betul2 .. InsyaAllah .. kita tak tahu
hikmah di sebalik result yg kita dapat .. cuba bersngka baik
dengan Allah .. mybe Allah nie failkan sesuatu sbjek spya aku
msuk dalam bidang ini ini dan ini .. InsyaAllah , rzki ( gaji ) aku
mampu menampung khidpan shrian malah dapat buat aku sntiasa
tidak lalai dan sntiasa ingat akan khidupan di akhrt .. mana la tau kan ,
bila dapat rsult bgus , dpt keje bagus , mngkin aku tamak harta masa tu
smpaikan aku lupa Allah yg mmbri rzki kat aku .. ya Allah .. Engkau
permudahkanlah kami utk mndapat rzki dan prmudhkanlah kami
utk memasuki syurga Mu yg kekal abadi .. Allahhuakhbar ..


hok yg berjaya , ana ucapkan Tahniah ! =D tapi jngn lupa akhirat k ..
takut dalam otak tu cari duit je smpai lupa Allah .. dan , jika dah brkrjaya
tinggi , duit jngn kdkut nak sdekah .. ingat ! kekayaan juga mrupakan
ujian daripda Allah .. Allah bg kekayaan utk mnguji hambaNya ..
adakah dignakan utk jalan kebaikan ( brsedekah dll ) ataupn
utk jalan maksiat ( buka disko dll ) .. hok yang tak berjaya pula ..
dont worry .. rzki tu dtg dari siapa ? dari Allah .. jadi , mohonlah
kpda Allah spya Allah prmudhkan kita utk mndpt rzki yg luas dan
mncukupi .. ana ingn berpesan sdkit spya jngn sedih , jngn kcewa
krna msih ada harpan utk brjaya .. ada stu crta .. Ali seorg brkerjaya
tinggi .. rumah besar , kreta besar .. tapi tahukah anda , dia hidp
pnuh sengsara .. krna apa ? krna bnyak hutang dngn org lain ..
tido x pernah lenaa .. ada seorng lelaki yg sngt miskin .. rmahnya
hnyalah pndok bruk .. tpi khdupannya sngt bhgia .. ckup bhgia ..
bila tidur sngt lena wlupn ats tikar usung .. krna apa ? krna
dia skit pun x perlu fikir msalah utk mnyelesaikan hutang .. 
fikir utk cari duit ? tak ada msalah , usaha dan mohon kat Allah ..
InsyaAllah Allah bntu .. dont worry k =D

" kekayaan bukan segala2nya .. kekayaan bukan menjamin
kebahgian seseorang .. kita sbnarnya ingn kbhgian , bkan
krna nak duit bnyak .. cuma kita salah faham mngenai
tafsiran kbhagiaan .. "


ksimpulannya , msti seimbng .. n jngn lah nak bria sngt nak bnuh diri
sbb diri tu x pndai .. ingt kata Rasulullah , mnusia pling bijak adalah
mnusia yg mngingati mati .. jdilah org bijak sbgaimana Rasulullah kata ,
bukan ikut kata2 org yg x maksum ' mu kalau fail dalam exam , mu bodoh ! 
tpi kalau mu brjaya , mu paling bijak di dunia ' .. uke ? so , result akan
kuar x lama agy .. rilex .. bila dpt result , redha n mula lngkah baru utk
mncapai kjayaan .. bos ceq yg jual ice blnder tu mana la kerja , full time
brniaga ice blend .. dalam diam bos tu berduit .. x muflis pun .. krta je
nampk tggu masa nak jdi besi bruk tpi slgi ia brguna , slgi tu kenang jsanya ..
shri pling kurng pun sale dpt rm150 .. itulah dktakan Allah Pemberi Rezeki ..
jngn tkut utk bngn berjaya .. anda boleh ! yeah ! takbir !

Pesanan Dari UAI !


  
jom cukupkan solat , jom cover aurat ( not balut aurat ) , jom taat kepada Allah , jom sayangi Ulama' ,
jom cintai Rasulullah , jom bersama2 berjuang mencari Keredhaan Allah spya
kita sama2 masuk syurga yg menjadi idaman setiap orang yang soleh dan soleha .. InsyaAllah ='D



Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

Saturday 26 January 2013

Mujahidah Sejati !


Kisah seorang mujahidah sejati. Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini.. Benar, syukri sebak bila membacanya. Hayati dan renung-renungkan bersama. Inshaallah. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang solehah di sisi Allah. Aminn.


KHAMIS, 24 JANUARI 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

_____________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya..

Al-Fatihah ..
Bismillahirrohmanirrohim ..
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 

#moga2 malaikat menjemput kita dalam keadaan Allah redha kepada kita ( husnulkhotimah ) InsyaAllah =') Jom Bertaubat .. keindahan syurga lebih jauh hebat berbanding di dunia .. ='D

Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D