Assalamualaikum ..
Hari ini nak sahre satu artikel berkaitan dengan kapel .. Artikel nie khas untuk orang yang berkapel .. ana dapat artikel ini dari blog Being A Doctor For Ummah .. Jom baca =)
Sekarang ramai yang nak taubat daripada ber'couple' .. tapi banyak halangannya .. antaranya :-
Persoalan 1 :
"Saya kenal dia melalui FB. Dah lama gak kami berkawan, ada la nak dekat setahun. Hubungan kami memang intim. Tapi setakat ni ringan-ringan lagi. Kadang-kadang tu...memanglah takut. Tapi nak wat camne? Saya sayang giler kat dia"
Persoalan 2 :
"Saya dah sedar zina tu dosa dan nak bertaubat. Tapi......Saya masih sayang lagi kat dia. Takkan saya nak tinggalkan dia setelah dah berzina dengan dia?"
"Sedihnya...Ni la yang confius ni. Niat ni memang nak taubat. Tapi kenangan yang lama tu ganggu nak taubat. Nak tinggal ke nak terus kan dengan dia? Kalu nak tinggal, mane tanggungjawabnya?"
Persoalan 3 :
"Dah hampir 8 bulan saya putus ngan BF saya, tapi sampai skang still lagi teringatkan kenangan kami bersama. Ada masa tu memang tak tahan. Mmmmm...nak tanya ckit, apa hukum onani? Huhu...."
AWAS! NAK COUPLE BOLEH, TAPI JAWAB DULU SOALAN2 INI
Bagi mereka yang sedang, belum atau sudah terjebak dengan "keindahan bercouple", sama ada yang zahir atau pun yang batin silalah menjawab soalan-soalan ini pula :
1. Bumi ini, diri kita dan si dia siapa yang cipta? Tidakkah kita melanggar perintah Allah SWT?
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra’ 17: 32)
Fahamilah bahawa Allah tidak menggunakan ungkapan "jangan kamu berzina" tetapi digunakan "jangan kamu MENGHAMPIRI zina". Bercinta sebelum kahwin adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang itu kepada perbuatan keji tersebut.
Mengapa ye?
2. Tidakkah kita bersetuju bahawa :
Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bila seseorang telah memulakannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)
3. Ketika kita bercinta atau tengah "dating", mata kita tengok kat mana? Ada rasa terujakan?
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…" (Al-Nur: 30-31)
Setuju tak?
Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan
4. Ketika janji nak "dating" ada tak ingat pesan Nabi kita?
“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani?
Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina.
5. Bila nak cari tempat "dating" ada baca tak larangan daripada Nabi ni?
“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)
6. "Opsss!! Sori tersentuh tangan. Hehe..." Itu mula-mula, lama-lama dah biasa kan? Tersentuh bahu ada tak? Duduk rapat-rapat? Memanglah beralas tapi tak dosa ke?
"Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( al-Tabarani)
Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?
Sekiranya tidak, maka hebat benar iman orang tu!
7. Dalam seminggu, sebulan berapa kali top up handphone?
"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.” Demikian gambaran atau kedudukan orang yang membazir di sisi Allah (al-Isra’ 27).
Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet, sehingga ada pelajar yang sanggup "berpuasa" untuk berjimat duit belanja sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut.
Kalau pelajar universiti, bila duit biasiswa atau PTPTN masuk, terus keluar berjoli, dengan siapa ye?
Duit yang diberi tu amanah kan?
8. Kadang-kadang baca buku tak masuk kepala, kenapa ye? Kenapa hati susah menerima ilmu? Ilmu itu cahaya, kalau hati kotor dan gelap, bagaimana cahaya mahu menembusinya?
Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syed Waqi' tentang kesusahan dirinya untuk menghafal Al Quran . Gurunya menyuruh Imam Syafie meninggalkan segala dosa besar dan dosa kecil kerana :
"Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya ALLAH SWT itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat".
Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Ilmu hanya menghuni di hati yang suci bersih.
Walaupun kita pandai, tapi berkat tak ilmu tu?
9. Prestasi belajar kita pula bagaimana? Ada orang kata boleh mengganggu tumpuan dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’, betul ke?
"Maka apabila mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mereka itu mempunyai telinga dan dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (Al-haj, ayat 46)
Benar cinta itu buta, sampaikan hati juga menjadi buta. Buta hati.
10. Apa perasaan ibu bapa kita kalau nampak anak mereka di sekolah, di universiti seronok berkasih-kasihan dengan kekasih hati? Apa perasaan mereka kalau dapat tahu anaknya sudah terlanjur?
"Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka."
Mak telefon hari ahad, tanya kita kat mana. Kita jawab sedang belajar di bilik, padahal sedang berseronok keluar dengan kekasih di bandar.
11. Kalau cikgu atau pensyarah dapat tahu kita belajar main-main, tak fokus dalam kelas, tak siap assignment sebab sibuk bercinta, tak terguriskah hati mereka?
"Menyakiti hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal."
12. Setuju tak? Bila bersama dengan kawan kita kurang berbuat dosa, tapi bila bersama kekasih banyak dosa kita buat. Sampaikan hati yang rasa bersalah pada mulanya semakin lama sudah tidak rasa bersalah, malah sudah tidak malu untuk buat dosa tersebut. Hati rasa seronok berbuat dosa.
"Bila dosa semakin menimbun, Allah janjikan neraka, ekoran banyak melanggar perintah Allah SWT dan amaran Rasulullah SAW. Lebih buruk lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah SWT." Naudzubillah!
13. Solat kita khusyuk tak?
Sentiasa lalai dan leka daripada mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran tidak lagi mengingati Allah hatta ketika dalam solat sekalipun kerana jiwanya yang cenderung kepada mengingati pasangannya. Oleh yang demikian tiada ketenangan dalam jiwa mereka kerana ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.
14. Mengapa hati tak tenang dalam setiap perkara kita lakukan? Hanyalah dengan mengingati Allah hati akan tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". (Ar-Ra'd : ayat 28)
15. Bila nasi sudah menjadi bubur, boleh tak bubur nak jadi nasi semula?
Hilang maruah dan harga diri kerana terlanjur melayan perasaan cinta tersebut. Telah terbukti gejala seks bebas yang menimpa remaja pada masa kini semuanya bermula dengan bercinta pada usia muda. Lebih parah lagi mereka menjadi ketagih dengan zina. Jika tidak dapat berzina mereka sanggup beronani untuk menghilangkan kergersangan. Dosa besar yang mereka lakukan ini menyebabkan iman tercabut daripada hati mereka dan tunggulah azab yang pedih di neraka.
16. Kalau sudah berumahtangga nanti, suami dapat tahu bagaimana pula?
Ikatan perkahwinan yang akan datang menjadi keruh sekiranya suami mengetahui sejarah silam pasangannya yang pernah bercinta dengan orang lain. Pelbagai andaian buruk akan terbayang dalam fikirannya.
Adakah pasangan yang bercinta pada zaman persekolahan atau zaman universiti akan kekal hingga ke alam perkahwinan? Apakah perasaan sekiranya dapat tahu suami atau isteri pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini?
17. Adakah kita tahu mengapakah kite semua diciptakan oleh Allah di dunia ni? Allah tak menciptakan kita hanya suka-suka. Hanya untuk enjoy dan suka-suka.
"Maka apakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"-Surah Al-Mukminun (23):115
Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah dan juga mengabdikan diri kepada Allah SWT.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku." -Surah Adz-Dzariyat (51):56..
Bercinta selepas kahwin itu beribadah, bercinta sebelum kahwin itu bermaksiat.
REMAJA, ZINA DAN SEKS
Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh. Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu.
"Tapi jangan jadi binatang!"
Allah beri manusia akal yang sihat lagi cerdik berbanding binatang. Anugerah seks yang Allah beri perlu disyukuri dengan cara paling hormat!
Malah Allah sesekali tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah. Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.
Susahkah berkahwin?
Sebagai satu agama yang amat hebat, Allah yang Maha Cerdik menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang banyak kali kita baca , perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’
Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.
Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.
TAKUT JADI REMAJA?
Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut Nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.
Sebagai seorang pelajar kenanglah jasa ayah dan ibu yang bersusah payah membesar kita. Balaslah jasa mereka, buktikan kepada mereka, dan jadilah anak yang soleh solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.
"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
Maka, sibukkanlah diri kita dengan belajar dan "berkerja" untuk Islam. Pasti dan insyaAllah kita akan terselamat daripada perangkap syaitan mahu pun perkataan yang bergelar "onani".
Perlu diingatkan bahawa :
"Syaitan akan menjadikan mereka yang terlibat dengan budaya couple ini merasakan perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan kepada mereka. Maka pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan mereka.
Antara alasan yang diberikan ialah untuk semangat belajar, hilangkan tension, senang nak mengadu masalah, peneman di waktu kesepian, hilangkan boring, untuk menenangkan fikiran, tidak ingin ketinggalan zaman, untuk memudahkan ‘study group’ dan beribu alasan lagi.
Semua itu adalah tipu helah dan jerangkap samar yang dipasang oleh syaitan untuk memerangkap remaja Islam masa kini."
Amalkan lah langkah pencegahan menurut Islam :
1. Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.
2. Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.
3. Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.
4. Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.
5. Tidak melayan orang yang tidak dikenali di FB kerana ramai sudah "terbabas."
Sumber : http://muslimdoktor.blogspot.com/
nice entry pal
ReplyDeleteMohon share untuk manfaat org lain :-)
ReplyDelete