Assalamualaikum .. Hari ini ana nak ceritakan tentang hukum memakai pendakap gigi .. sebelum tu ! Comel x kambing di atas .. hee , gurau gurau .. Jom Baca =)
Apakah asal hukum memakai pendakap gigi ?
Nabi saw bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Jika ia mendatangkan aib atau jelik , harus memakai pendakap gigi .. contohnya , ada orang perli , kutuk dan sebagainya .. asalkan bukan niat untuk mencantikkan gigi ..
Kesimpulannya , perkara ini akan menjadi HARAM jika berniat untuk tujuan kecantikan .. Untuk mengelakkan perkara ini, maka pakailah braces dengan niat untuk memperbaiki gigi, dan bukannya dengan niat nak mencantikkan gigi (menjarangkan gigi) .. Kadang2 ada gak orang pertikai .. orang kata, bukankah memakai braces itu tujuannya adalah untuk mencantikkan gigi? Di sinilah kita akan nampak kepentingan niat .. Niat untuk memperbaiki struktur gigi itu menjadikan hukum memakai braces menjadi harus.. dan kita cuma perlu berpegang dengan niat kita kerana Allah, kerana hukum itu tidak tertakluk kepada manusia ..
Sumber : Google ( campur dijadikan satu artikel )
Terima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada. Dulu kini dan selamanya.
ReplyDelete