hidup ku


Monday, 24 October 2011

6 syarat kalau mahu mengumpat !


Assalamualaikum ! =D
Hari nie ana nak cerita tentang mengumpat .. nak tau x ? kita juga boleh mengumpat .. eh ? boleh ek ?bukan mengumpat tu dosa ke ? boleh , tapi ada SYARAT ! sebelum tu , pe maksud mengumpat ? Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain . Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) . Tapi kita boleh mengumpat juga , TAPI dengan syarat ! haaa .. apa syarat tu ? jom kita lihat ! =D
    Perkara yang mengharuskan seseorang mengumpat orang lain:
    1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita dihadapan hakim dan seumpamanya dan maka ketika itu bolehlah mendedahkan keaibannya.
    2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya dihadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.
    3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebut kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita.
    4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksalah kita menyebut kesalahan orang yang berkenaan supaya orang ramai tidak tertipu dengannya
    5. Ketika dengan menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya sepertimana kita menyebut seseorang yang mashyur dengan nama. Contoh : Mat Pincang, Katak, dan sebagainya.
    6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikannya seperti orang yang suka meminum arak dihadapan orang ramai.
    jadi , selain dari syarat di atas , BERDOSA jika mengumpat ! jadi jagalah mulut anda dari MENGUMPAT dan MENFITNAH ! Gunakan mulut untuk kebaikan , bezikir kepada Allah .. jangan sampai nikmat bercakap di tarik oleh Allah baru nak insaf .. ingat au !

    *maklumat tambahan =)

    • kalau korang kena kutuk / ejek , tapi korang x balas , dia dapat dosa , korang dapat pahala .. contohnya , kawan anda 'hey , bodoh !' .. tapi korang x balas .. dia = DOSA , anda = PAHALA
    • kalau korang kena kutuk / ejek , tapi korang balas , dia KOSONG , korang KOSONG .. maksudnya dua dua x dapat pahala n dosa .. contohnya , kawan anda 'hey , bodoh !' .. korang balas 'pe bodoh !' ..
    • kalau korang kena kutuk / ejek , tapi korang balas melebih2 .. dia dapat pahala , korang dapat dosa .. contoh , kawan anda 'hey bodoh!' .. tapi korang balas 'pe bodoh ! bangsat !' .. dia = PAHALA , anda = DOSA ..
    Islam itu  ADIL ! =D

    Sumber : Ustaz Mohd Kazim Elias 

    Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

    No comments:

    Post a Comment