hidup ku


Sunday, 6 November 2011

Demi Cinta-Nya, Ku Tinggalkan Cinta Manusia

Assalamualaikum .. Hari nie ana nak share satu kisah yg patut dibaca terutmanya golongan remaja .. InsyaAllah , kisah ini akan membuka pintu hati kita untuk bertaubat .. ana harap , anda dapat membaca sehingga habis n hayatinya .. InsyaAllah =)
Hembusan bayu yang bertiup lembut bersama-sama dengan deruan ombak yang memukul pantai begitu mententeramkan jiwa-jiwa hamba Sang Pencipta..
Nyaman dan damai..
"qibah, hati aku ni gelisah sangatlah rasanya sekarang ni" luah Anna kepada sahabatnya, Nur Naqibah
"apa yang buat hati kau gelisah tu? cube cerita kat aku ni. aku setia mendengar. Nak bebel panjang-panjang pun takpe. hehe" soal Naqibah sambil tersenyum kepada sahabat baiknya itu.
"hm, tak tahu lah. mungkin kerna dosa-dosa aku yang banyak kot. mahu saja aku jadi pokok kelapa ni. mesti tenang hari-hari dengar ombak yang menenangkan ni kan. huhu.. tapi tulah, sempena bulan Ramadhan ni aku nak sangat berubah. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Aku nak jadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Tapi.."
"tapi apa?"
"tapi.. hmm. Kau tahu kan aku sekarang ni couple dengan Azzam. Tapi, bibir aku ni berat sangat nak cakap kat Azzam yang aku dah taknak terlibat dengan couple ni. Aku nak putus dengan dia.. aku tahu couple ni haram. Aku nak berubah. tapi, bila aku fikir balik, banyak benda dia dah berkorban untuk aku, dia dah bagi aku macam-macam.. banyak sangat aku rasa.. aku tak sangguplah mintak clash kat dia.. takut dia kecewa, takut dia merana, dan aku pun masih sayang kat dia..aku tak sampai hatilah ! tapi.."
"hm tapi ape lagi Anna?"
"tapi aku nak berubah betul-betul ni qibah.."
"aku faham perasaan kau Anna. Aku pun seorang perempuan macam kau.. tapi, alhamdulillah setakat ini, Allah masih menjaga hati aku ini, Allah masih memegang hati aku ni agar tidak terlibat dalam perkara maksiat dan aku pun selalu berharap pada Allah agar aku dengan kau dijauhkan daripada segala perkara maksiat.. sebab aku sayang kau Anna.."
"aku pun sayang kau qibah"
"hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? tapi Anna kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?
" ish, tahulah. Mestilah Allah"
"kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?"
"of course lah pencipta kita, Allah"
"kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?
"Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan.."
" ha sekarang kau sedar tak?"
"sedar dah.."
"ape yang kau sedar?"
"aku sedar semuanya datang dari Allah.."
"lagi?" soal qibah lagi..
"lagi apa?"
"kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau cantik, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri"
"tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni"
"abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi Azzam yang kau kata telah beri 'segala-galanya' tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..?kau sanggup membelakangkan Allah demi Azzam?"
"hmm.." Anna tertunduk.. diam seribu bahasa.
"Anna, aku kenal kau bukan sekejap, dah lama dah, aku tahu kau bukan perempuan yang jahat-jahat. Kau baik. bagi aku kau sangat baik dan alhamdulillah sekarang ni kau ada niat yang sangat baik. nak berubah ke arah yang lebih baik. itu sangat baik tau. Fitrah manusia ni sentiasa suka pada kebaikan. Cuma kadang-kadang apabila nafsu menguasai diri, yang tak baik, buruk dan jelek tu nampak indah je di mata kita. itulah perlunya diri kita muhasabah diri kita kembali. Di mana kita, apa tujuan kita hidup ini. Adakah hidup ini hanya suka-suka. Pasti tidak bukan. Yang pasti setiap hamba Allah seperti kita ini mengharap pada redha-Nya agar ditempatkan kita di dalam Syurga-Nya. Jika kita jelas apa tujuan kita insyaAllah kita lebih matang dalam membuat pilihan. Tujuan hidup kita ni mengharapkan keredhaan Allah. Tapi, persoalannya disini, bercouple tu satu cara untuk mendapatkan redha Allah kah? Atau couple itu satu cara yang membawa kita ke dalam kemurkaan-Nya? Aku tahu kau dapat jawab soalan ini kan."
"qibah, aku tahu couple tu mengundang kemurkaan Allah bukannya mengundang keredhaan Allah.. tapi qibah, aku perlukan kekuatan untuk mintak clash tu. susah sangat aku rasa..aku sayang kat Azzam dan aku tahu Azzam pun sayang kat aku, tak kan aku nak biarkan dan tinggalkan dia camtu je..dia selalu kata kat aku yang dia akan cintakan aku sampai bila-bila."
"Anna, anna.. kau pasti kah Azzam sayang kau? Cuba kau fikir ya betul-betul. Azzam mesti tahu kan yang couple ni boleh mengundang kemurkaan Allah. Dia tahu benda ni berdosa. Dan kalau dia sayang kau, mengapa dia sanggup mengajak kau turut bersama-sama dengannya bergelumang dengan dosa-dosa serta bersama-sama menempah kemurkaan Allah?adakah itu yang kau panggil sayang?. kau kata tadi dia selalu ucap yang dia akan cintakan kau sampai bila-bila.. sampai bila-bila tu sampai mana? Sampai bila-bila di neraka atau sampai bila-bila di syurga? Jika di syurga tak kan lah dia mengajak kau melakukan sesuatu yang mengundang murka-Nya?tak kan dia tidak tahu yang bila Allah murka ke atas kita, nerakalah tempat kita.."
Anna diam.. tertunduk.. rasa bersalah menghempap dirinya.. airmata hangat membasahi pipinya..
"Anna, kalau benar-benar dia sayang kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara yang boleh merosakkan kau, boleh menganggu gugat kesucian diri kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara maksiat ni dan kalau benar dia sayang dengan kau pasti dia mahu lihat kau bahagia hingga ke syurga, pasti dia mahu lihat kau sentiasa dalam keredhaan Allah serta pasti juga dia akan benar-benar serius untuk bersama dengan kau dengan ikatan yang halal yang diredhai oleh Allah.. Aku sayang kau anna.. aku sedih bila kau begitu cepat termakan dengan kata-kata manis Azzam. lelaki yang baik itu melindungi, bukannya merosaki.Aku taknak lihat kau jadi seperti kebanyakan remaja di luar sana, yang berpeleseran, berdua-duan, bermanja-manjaan dengan lelaki yang belum tentu menjadi suaminya. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Biarlah kau menangis.. Aku lebih rela melihat kau menangis di depan aku saat ini daripada kau menangis di hari yang tiada guna lagi segala esakan tangisan.."
"hmm.. aku tak tahu nak cakap apa lagi.. kau doakan aku ya.. insyaAllah aku akan cuba melawan semua ini.."
"insyaAllah, kau boleh Anna.. sesungguhnya.. kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayang kau kepada Azzam tidak menjamin apa – apa bentuk kebahagian pun kerna rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap. Teruskan niat baik kau tu Anna. Aku sentisa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakrdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah"
"terima kasih naqibah ! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan tinggalkn cinta manusia yang tidak menjamin apa-apa..."
"alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan nafsumu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai.."
"insyaAllah.."
*************************************************************
malam itu, matanya seakan tidak mahu dilelapkan dek fikirannya yang masih menerawang memikirkan permasalahan yang tersimpan di kotak fikirannya. lantas, dicapainya sebatang pen... digerakkan pena itu di atas sehelai kertas putih..
Assalamualaikum...
Azzam. Saya tidak tahu bila saya akan mati.. saya takut Allah akan tarik nyawa saya ketika saya masih lagi bergelumang dengan maksiat.. oleh itu, sementara iman ini masih bernadi, selagi kesedaran ini masih lagi dianugerahi.. saya tekad.. Demi Cinta-Nya, saya tinggalkan cinta awak...... saya mahu berubah. Tolong jangan hubungi saya lagi.. terima kasih atas segala-galanya.. ini adalah surat terakhir dari saya untuk awak.. jika awak benar-benar cintakan saya, tolong nikahi saya. jika tidak bersedia, jangan mudah melafaz cinta pada sesiapa. sekian. moga Allah redha.. wassalam..
"semoga kau mengerti dan fahami niatku azzam", monolog hatinya..
"Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu.Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu. Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu..aku begitu lalai dengan cinta dunia.. hinanya aku Ya Allah.. ampunilah dosaku Ya Allah..permudahkanlah untuk ku kembali pada jalanMu..", hati Anna dibisiki kata-kata keinsafan sambil airmata keinsafan tidak henti-henti mengalir di pipi..
SUMBER : Ilmi-Islam.com =D


Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

1 comment:

  1. Saya baca dan ambil yang haq semata-mata tiada yang lain

    ReplyDelete