Saturday, 14 June 2014

Tips Untuk Melupakan Kisah Sedih !


" Abang. Saya ada masalah. Saya tak boleh lupakan kisah-kisah dulu. Saya ada masalah dengan kawan. Saya putus cinta. Saya ada masalah family. Semua tanggungjawab keluarga terletak di bahu saya. Saya nak mulakan hidup baru. Tapi kisah sejarah hidup saya menghantui saya. Saya jadi murung bang. Tolong saya. Puas saya senyum. Tapi ia memenatkan kerana hanya lakonan semata-mata. Sampai bila bang saya kena berlakon? "

Hmm. Manusia jadi lembik dan lemah apabila berfikir mengenai negatif atau sejarah silam yang boleh menjatuhkan mood seseorang. Kalau kita selalu ingat sejarah yang mendukakan kita, ia hanya akan melemahkan diri kita. Buat apa ingat sejarah lalu? Lebih baik fikir masa depan untuk cipta sejarah yang lebih baik dari sejarah dulu. Kenapa? Untuk mengembalikan senyuman ikhlas. Bukan untuk melakonkan senyuman yang penuh dengan 'munafik'.

Tapi bagaimana? Sentiasa sibukkan diri mencipta pengalaman baru. Orang yang jenis suka recall sejarah yang menduka citakan kebanyakannya suka duduk menyendiri atau kurung diri dalam rumah atau bilik. Ana pun termasuk dalam golongan tu sebenarnya. --' teruk kan. So, apa yang ana buat? Ana bergaul dengan kawan-kawan. Ajak keluar. Cipta kenangan manis.

Actually tidak lah kenangan manis. Cuma ia mampu membantu kita untuk lupakan sejarah yang kita tak suka. why? Sebab kita sibuk dengan aktiviti yang kita buat sehinggakan kita tak sempat ada ruang untuk fikir kenangan sedih. That's why bila kita bersama-sama rakan atau sahabat, jangan sesekali termenung mengingatinya walaupun sesaat but enjoy it with your friend. InsyaAllah, sedikit demi sedikit kita dapat lupakan. Ana buat dan sekarang ana tak rasa sedih atau down macam dulu. Trust me.

Tapi kalau berfacebook sembang dengan kawan dan luahkan masalah tu, boleh tak? Boleh tu boleh but rasa lega meluahkan di facebook dengan face to face adalah berbeza. Kalau anda luahkan depan kawan anda, rasa lega tu lebih berbanding luahkan di facebook. Tapi kena cari kawan yang betul-betul sesuai such as boleh merahsiakan, boleh bagi nasihat, pendengar yang baik, memahami dan sebagainya. Tapi ana tak galakkan luahkan di facebook melalui status.

Tak galakkan. Why? Ada kawan ana dulu pesan. Kalau kita susah nak senyum malah pergi post kat status facebook pasal masalah kita, kita sebenarnya nampak lemah dan kurang kasih sayang dari Allah. Bukan Allah kurang beri kasih sayang tapi kita kurang minta kasih sayang dariNya malah menjauhkan diri daripadaNya. Ada masalah, mengadu di facebook. Tapi solat? Entah ke mana. Inikan nak berdoa minta pertolongan dari Allah. Jauh sama sekali.

Allah pernah bagi tips untuk hati rasa tenang melalui surah Ar-Ra'd ayat ke 28, " iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya   dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".

Tapi sejujurnya, tak dapat rasa tenang walaupun zikir banyak kali. Hmm. Itu tandanya hati kita sudah mati. Nauzubillah. Orang yang beriman dan benar-benar dapat cinta dariNya, pasti dapat kasih sayang dariNya. Insan seperti ini tak kan menampakkan dirinya penuh dengan masalah. Dia adalah seorang yang positif. Sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah. Dan mampu senyum Ikhlas =)

Orang yang selalu bersangka baik dengan ujian Allah, tak akan pernah mengeluh atau mengadu bila Ujian Allah datang menyinggah. Teringin sangat nak kahwin dengan dia. Tapi Allah tak jodohkan. Sedih. *hati mula bersangka baik yang memujuk fikiran untuk bantu mulut senyum* . Tak apa. Mungkin Allah nak jodohkan aku dengan orang yang lebih baik. Allah kan tahu apa yang lebih baik untuk aku dan yang penting aku terus berusaha untuk menjadi orang soleh / soleha. Daripada aku menangis mengenang dia padahal dia langsung tak mengenangkan kita, lebih baik bangun dan mulakan hidup baru. Mencari cintaNya dan Dia akan memberi teman hidup yang Dia cintai. Trust Him. =)

Sentiasa dekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah tips yang Allah bagi untuk hati kita tenang akan menjadi dan berkesan. Bersangka baik. Allah tarik sesuatu nikmat sebab Allah nak beri 1001 hikmah yang tersembunyi. Ada yang berhijrah, Allah tarik sahabat kita. Dulu kita kaki judi dan sekarang kaki masjid. Sahabat kaki judi kita menjauhkan diri kita. Kita sedih. Sebenarnya Allah nak gantikan sahabat yang lebih baik yang akan bantu kita untuk terus istiqamah dalam penghijrahan kita. Trust Him =)

So, kesimpulannya adalah sibukkan diri dengan mencipta sejarah baru atau aktiviti untuk mengisi ruang daripada mengisi ruang tu dengan mengenang cerita dulu. Ana beri satu analogi. Ada satu botol kosong yang akan dibawa untuk membasahi tekak bila kita dahaga. Agak-agak korang lah, nak bubuh air longkang atau air kosong yang bersih? Itulah pilihan anda. Jika anda memilih bubuh air longkang, jangan tanya kenapa anda akan dapat penyakit. Dan jika anda memilih air kosong yang bersih, jangan tanya kenapa anda terus kekal sihat.

Air itu adalah aktiviti kita. Botol kosong itu adalah ruang masa yang akan diisi dan kesihatan itu adalah pemikiran atau mood kita. Kalau kita isi aktiviti kita dengan mengenang kisah-kisah sedih ke dalam ruang masa yang ditempuhi, jangan tanya kenapa anda sentiasa rasa murung, sedih, rasa down, tak bermaya malah berpotensi menjadi sampah.

Uishhh irfan. Sampah kau kata? Err, geram sangat --' duduk layan perasaan sangat tu buat apa. Gunakan akal untuk lawan perasaan buruk tu. Baru dapat memberi manfaat kepada orang lain =)

Kemudian cari cinta Allah. Duduk dalam majlis Ilmu ( ceramah agama ). InsyaAllah hati dekat dengan Allah. Dan apabila kita ingat Allah, hati akan menjadi tenang.

Haaa ! lagi satu sebelum terlupa. Jangan layan perasaan tu dengan lagu-lagu sedih. Contoh? Bila putus cinta, layan lagu sedih-sedih. Tambahan lirik lagu tu kena dengan situasi kita. Itu akan membuatkan kita bertambah sedih dan sukar untuk melupakannya. Jangan buat. Nak layan lagu boleh tapi cari lagu yang happy dan yang boleh bantu kita menjadi lebih kuat. Macam lagu " Langkah Tercipta " atau " Hakikat Bahagia " atau apa-apa lagu.

Rasanya ada tips lagi tapi tak terlintas dalam fikiran. Ada yang terlintas tapi terlupa -_- . Tak apalah, kalau ada terlintas, ana akan tambah di ruang komen post nie. Mungkin ada sahabat lain yang baca entry nak share tipsnya, boleh share kat ruang komen supaya sahabat lain yang ada masalah boleh amalkan. Bayangkan kalau orang lain amalkan apa yang kita kongsikan, dapat pahala tu. Malah menjadi salah satu amalan anak adam yang tak akan putus walaupun sudah mati iaitu perkongsian ilmu ( selagi dia amal ilmu yang kita bagi, selagi tu lah kita dapat pahala. kalau dia share kat orang lain, woooww, banyak lagi pahalanya. Subahanallah )

Selamat Berkongsi :) Semoga Bahagia. Assalamualaikum. :)

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum Irfan. aku tak tau mcm mana nak contact kau so aku cari jea lah blog kau sbb aku takde fb and num fon kau dah hilang. blh tak nnti contact aku bila free. sahabat ^^
    *kwn lama, kwn baik mungkin (f4, f5)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua,SAYA IBU SUKMAWATI Sengaja ingin menulis
    sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang
    kesulitan masalah keuangan, Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa
    Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar
    2M saya sters hampir bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa
    melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya bertemu
    dengan AKI_SAKTI, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 1 MINGGU
    saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi AKI_SAKTI
    kata BELIAU pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan
    penarikan uang gaib 7Milyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti
    dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 7M yang saya
    minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya
    buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada.
    Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya
    sering menyarankan untuk menghubungi AKI_SAKTI DI NOMOR 085_242_421_477
    agar di berikan arahan. jika ingin seperti saya coba hubungi AKI_SAKTI pasti akan di bantu Oleh Beliau

    ReplyDelete
  3. Letakkan cinta hanya kepada Allah dan Rasulnya.
    Buat kerana Allah.

    ReplyDelete