Monday, 28 November 2011

Ada Ke "Couple Islamic" ?

Assalamualaikum .. ana tercari-cari satu kisah ttg kapel islamik nie .. Alhamdulillah , ana sudah jumpa kisah nie .. ana nak kongsi dengan anda semua .. ana jumpa cerita nie kat blog MATA KEHIDUPAN .. InsyaAllah , korang dapat info / pengajran dalam cerita ini .. InsyaAllah =) .. pnjg cerita nie , tapi best ! mcm novel cinta .. =) jom baca ..





Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah apatah lagi dengan thiqahnya yang tinggi. Apabila ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak, dia akan ke hadapan. Sama ada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Al-Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.

Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna. Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya, dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti, ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawaduknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya, cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.


Namun, hatta Nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak. Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.” Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,” hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat, hari berganti hari, Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK Surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau,Zohornya di surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.


 Imannya bersuara. 
“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”

Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.


 Akal mula campur tangan. 
“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran. Walaupun sakit, Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.


 Imannya bersuara
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”


 Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan. 
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”


 Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan. 
“Betul juga,ok,aku tolong.”


 Dia memberi arahan kepada Nisa. 
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”


 Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
“…ok…”

Pintu almari berjaya dibuka, jari Nisa terlepas dari kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba, Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa. Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa. Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.


 Dia berdoa, menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi. 
“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”

Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Thiqahnya. Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh dan dihina. Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu. Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”
Soal Khairul, kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.” jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.

Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis. Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam. Khairul membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start. Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya, bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya, alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi, betul-betul memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup, dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya, Naim datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:


Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..

Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..

Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,

Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu, dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama. Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,

Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,

Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?

Moga Allah meredhaai kita,

Dan,salam perkenalan.Ana Naim.

Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat. Maka, Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya,  Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, 
“Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
“Takpe,kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas,
“bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas,
“mana ada zina hati. Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?”
Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.


Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda ,lalu dia membalas,  Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.
“Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”

Thiqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari, pengaruh Naim semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.thiqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Naim seakan-akan gila. Betul Naim gila,gila bayang. Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul,  

“kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim. Dia dah bukan macam dia yang dulu. Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun, pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim. Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar, Khairul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim. Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau, kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!” Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya. Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya. Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi, mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya, Nisa.

Khairul, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!” Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah! Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am! Musuh Allah,musuh agama Allah! Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat! Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam? Ko lupa?! Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,s ungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas, bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula. Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak thiqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’. Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal. Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina, cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu. Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas, dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa. Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya. Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka. Dia sudah sedar segala-galanya. Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan, tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.


Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan. Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,

Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,

Ayang benar-benar menyintai sayang..

Sepenuh jiwa dan raga ayang..

Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,

Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.

Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim, kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata. Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

Sumber : Blog Mata Kehidupan =)

Tuesday, 22 November 2011

Kenapa Syaitan Memilih Senja ?

Assalamualaikum .. pe habaq semua ? dah lama x update post .. hee .. ari nie ana nak cerita tentang SENJA .. apa yg ana nak ceritakan ? jom baca .. =)


orang dulu-dulu mesti marah kalau ada anaknya berkeliaran keluar kan ? semua pintu , tingkap habis ditutup .. seolah-olah ada geroda yang hendak menyerang .. x da siapa yang berani nak buka mulut dan bermain-main ketika waktu senja .. zaman sekarang ? lain pula yang jadi .. ketika Maghrib menjelang , masa itulah ramai orang yang keluar .. x percaya ? dekat pasar malam , berapa ramai yang berjual beli ? ramai sangat kan ? yg bertambah sedih , ramai yang tidak solat Maghrib .. smata-mata nak berniaga .. DUA kali disebutkan tentang larangan keluar waktu senja di dalam sahih Muslim ..

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda , 
" Bila hari telah senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan
berkeliaran .. satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka . Kuncilah pintu
dan sebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci .
Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah . Tutup semua bejanamu dengan 
menyebut nama Allah , sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya
dan padamkan lampu ( ketika hendak tidur ) . "
( HR Muslim )

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda ,
" jangan biarakan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam
sampai hilangnya cahaya senja .. kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai
hilang cahaya senja. "
( HR Muslim )


Apa rahsia senja ?

Menurut Pengarah Sekolah Pengajian Islam , Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan , Dr. Mahyuddin Ismail , katanya , antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara dua keadaan .. contohnya antara siang dan malam , antara teduh dan panas terik , antara sejuk dan panas , antara hujan dan panas .. Malah ada juga larangn dari Rasulullah ttg duduk di antara kawasn teduh dan kawasan yg disinari cahaya matahari .. Begitu juga degan larangan orang tua tua agar jangan bermain hujan panas kerna di percayai mudah terkena demam panas .. Syaitan juga suka nerada antara seorang laki dan seorang permpuan ( bukan mahram ) yg duduk berdua-duaan .. Jika dianalisis lebih mendalam , lautan yg terletak pertembungan antara dua arus menjadi lokasi pilihin syaitan & iblis utk membina istananya .. Kepercayaan bahawa Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa ( iaitu kawasan yg selalu berlaku kehilangan kapal laut dan pesawat secara misteri ) sebagai kawasan yg dikuasai oleh kerajaan jin mungkin ada benarnya .. Kajian sains menunjukkan kedua-dua segi tiga tersebut merupakan kawasan pertemuan antara arus air hangat dan air yang dingin ..

Rasulullah juga menyuruh agar membunuh anjing berwarna hitam yang mempunyai titik putih di atas mata kerana ia adalah syaitan .. Kanak-kanak terutamanya yg belum mumaiyiz memiliki hati yang bersih daripada dosa & tiada hijab .. Keadaan itu memungkinkan kanak-kanak dapat melihat makhluk-makhluk halus atau merasai tindakan makhluk tersebut ..

Menutup Bekas Minuman Dan Makanan

Sabda Rasulullah s.a.w ,
" apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah ( dengan membaca Bismillah ) ketika memasukinya dan ketika ingin makan , berkatalah syaitan ( kepada golongannya ) : "kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam"

Penemuan sains dan perubatan moden menunjukkan makanan / minuman yg terdedah akan mudah masuk kuman dan bakteria .. Dalam memperkatakan perihal kuman , virus dan bakteria ini , Syeikh Rashid Ridha menjelaskan "Dan ahli ilmu kalam ( tauhid ) berkata , sesungguhnya jin itu adalah ( makhluk Allah ) yg hidup , bertubuh halus dan tidak boleh dilihat . Dan sesungguhnya di dalam kitab Tafsir Al Manar , telah kami nyatakn berkali-kali bahawa makhluk Allah yang hidup , bertubuh halus yg dikenali di zaman ini sebagai mikroorganisma menerusi mikroskop adalah sebenarnya satu jenis daripada bangsa jin .. Dan telah pun terbukti bahawa ia merupakan antara punca bagi kebanyakan penyakit .. "

TUTUP degan menyebut nama Allah 

Aurat manusia ini diperhati oleh jin .. Apabila kamu hendak mandi , hendaklah memakai kain untuk menutup badan mu .. Jin akan jatuh cinta terutamanya wanita jika jin melihat kamu berbogel di bilik air .. Jadi , sediakan lah sehelai kain di bilik air .. Jika jin sudah jatuh cinta , perangainya akan berubah menjadi seorang yang tidak baik ..

sebagai mana hadis dirawayatkan Sayidina Ali b. Abu Talib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,
" Tabir antara mata jin dan aurat aurat Bani Adam jika salah seorang di antara kamu masuk bilik mandi hendaklah ia mengucap bismillah"

Keluar senja perlu tutup kepala

Jika kita terpaksa keluar waktu senja , kita perlu menutup kepala .. Saranan tutup kepala adalah untuk menutup ubun-ubun supaya tidak terdedah kepada bisikan syaitan yang suka meracuni hati dan fikiran manusia .. Menurut Prof Keith L.More , di dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai "frontal lobe" yang menjadi pusat segala perancangan itu baik / jahat , ia bermula dari situ .. Kepentingan "frontal lobe" telah dibuktikan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendance , ia adalah pusat kawalan yang mengeluarkna segala arahan mengawal diri , membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang , berbohong , kejujuran dan membuat keputusan .. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan sahaja .. Allah telah jelaskan dalam firmanNya :

"Jangan sekali-sekali berlaku derhaka ! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti ( dari perbuatannya yang buruk itu ) , nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya ( dan mengheretnya ke dalam neraka ) , ( iaitu ) ubun-ubun ( orang-orang ) yang berdusta , yang bersalah ."
( al Alaq ayat 15-16 )

"Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya lalu dipegang dari atas ubun-ubun kepala dan kakinya ( serta diseret ke neraka ) ."
( al Rahman ayat 41 )

Kita juga tidak boleh tidur selepas asar .. kesannya , akan menjadi gila jika tidur lepas asar dalam 44 hari ( jika tidur secara kerap ) .. Selain itu , kepala juga kita akan pening / sakit , rasa nak marah , hilang mood dan sebagainya ( jika tidur secara jarang ) .. Syaitan kan suka berada di antara dua keadaan  .. 

Sabda Rasulullah S.A.W ,
"Tidur itu saudara mati , tidur antara hidup dan mati seseorang"

Malah , syaitan ini terlalu aktif waktu senja ..syaitan akan mudah masuk kedalam mimpi seseorang .. Oleh kerana itu , kita akan mimpi perkara yang tidak baik pada waktu senja ( selepas asar ) .. Jadi , jangan biarkan diri anda atau orang lain tidur waktu asar .. jika adik / bayi anda tidur waktu ini , geraklah mereka dan bermain dengan mereka supaya mereka tidak tidur waktu itu .. Ini kerana bayi / kanak-kanak lebih mudah kena .. Waktu ini lah kita paling suka tidur , jadi berubah lah .. cara untuk elak tidur waktu ini adalah , keluar lakukan riadah , lakukan hobi anda dan sebagainya .. Setakat ini sahaja ana nak share tentang waktu senja .. Yang mana ada salah silap tentang post ini , tolong tegur ana kerana ana masih belum cukup sempurna .. InsyaAllah , anda semua dapat sedikit ilmu dalam artikel ini .. =) Assalamualaikum ..

#masih belajar cara mengarangkan sesuatu artikel , minta maaf jika ayat di atas sedikit tunggang langgang .. hee ^^"

Thursday, 17 November 2011

kenape ek Allah cipta neraka ?



Assalamualaikum .. hari ini ana nak share satu cerita .. kadang2 pasti kita tertnya2 , knapa Allah ciptakan neraka .. ingt ! smua yg dicipta oleh Allah pasti ada hikmahnya / sebabnya .. kisah ini akan menjelaskan salah satu neraka dicipta ;D selamat membaca .. 


Ini kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekanakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatinmasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamnsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"


Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak 


SUMBER : LayarMinda =)

Friday, 11 November 2011

Dosa yang lebih BESAR dari berzina



 Assalamualaikum !
hari nie ana nak share satu kisah yang mnunjukkan ada dosa yg lebih BESAR dari BERZINA .. eh ? ade ke ? dosa pe ek ? haaa .. kalau nak tau , jom kita baca kisah nie .. moga2 dapt djadikan pengajaran untuk kita .. InsyaAllah ;) selamat membaca ..


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. 
Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. 


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai 
tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan
berkenan mengampuni dosa keji saya." 


"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut
mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" 
desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu eneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik. 
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur
luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula
manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. 


Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi 
Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang
wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 


Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 


"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina" 


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk
menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja 
dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang 
itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.


Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman 
Arroisy)


Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar
dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70
nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah


♥ Ustaz Azhar Idrus ( Original ) fb ♥


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."


SUMBER: najmie kuantan fb

Sunday, 6 November 2011

Demi Cinta-Nya, Ku Tinggalkan Cinta Manusia

Assalamualaikum .. Hari nie ana nak share satu kisah yg patut dibaca terutmanya golongan remaja .. InsyaAllah , kisah ini akan membuka pintu hati kita untuk bertaubat .. ana harap , anda dapat membaca sehingga habis n hayatinya .. InsyaAllah =)
Hembusan bayu yang bertiup lembut bersama-sama dengan deruan ombak yang memukul pantai begitu mententeramkan jiwa-jiwa hamba Sang Pencipta..
Nyaman dan damai..
"qibah, hati aku ni gelisah sangatlah rasanya sekarang ni" luah Anna kepada sahabatnya, Nur Naqibah
"apa yang buat hati kau gelisah tu? cube cerita kat aku ni. aku setia mendengar. Nak bebel panjang-panjang pun takpe. hehe" soal Naqibah sambil tersenyum kepada sahabat baiknya itu.
"hm, tak tahu lah. mungkin kerna dosa-dosa aku yang banyak kot. mahu saja aku jadi pokok kelapa ni. mesti tenang hari-hari dengar ombak yang menenangkan ni kan. huhu.. tapi tulah, sempena bulan Ramadhan ni aku nak sangat berubah. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Aku nak jadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Tapi.."
"tapi apa?"
"tapi.. hmm. Kau tahu kan aku sekarang ni couple dengan Azzam. Tapi, bibir aku ni berat sangat nak cakap kat Azzam yang aku dah taknak terlibat dengan couple ni. Aku nak putus dengan dia.. aku tahu couple ni haram. Aku nak berubah. tapi, bila aku fikir balik, banyak benda dia dah berkorban untuk aku, dia dah bagi aku macam-macam.. banyak sangat aku rasa.. aku tak sangguplah mintak clash kat dia.. takut dia kecewa, takut dia merana, dan aku pun masih sayang kat dia..aku tak sampai hatilah ! tapi.."
"hm tapi ape lagi Anna?"
"tapi aku nak berubah betul-betul ni qibah.."
"aku faham perasaan kau Anna. Aku pun seorang perempuan macam kau.. tapi, alhamdulillah setakat ini, Allah masih menjaga hati aku ini, Allah masih memegang hati aku ni agar tidak terlibat dalam perkara maksiat dan aku pun selalu berharap pada Allah agar aku dengan kau dijauhkan daripada segala perkara maksiat.. sebab aku sayang kau Anna.."
"aku pun sayang kau qibah"
"hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? tapi Anna kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?
" ish, tahulah. Mestilah Allah"
"kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?"
"of course lah pencipta kita, Allah"
"kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?
"Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan.."
" ha sekarang kau sedar tak?"
"sedar dah.."
"ape yang kau sedar?"
"aku sedar semuanya datang dari Allah.."
"lagi?" soal qibah lagi..
"lagi apa?"
"kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau cantik, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri"
"tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni"
"abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi Azzam yang kau kata telah beri 'segala-galanya' tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..?kau sanggup membelakangkan Allah demi Azzam?"
"hmm.." Anna tertunduk.. diam seribu bahasa.
"Anna, aku kenal kau bukan sekejap, dah lama dah, aku tahu kau bukan perempuan yang jahat-jahat. Kau baik. bagi aku kau sangat baik dan alhamdulillah sekarang ni kau ada niat yang sangat baik. nak berubah ke arah yang lebih baik. itu sangat baik tau. Fitrah manusia ni sentiasa suka pada kebaikan. Cuma kadang-kadang apabila nafsu menguasai diri, yang tak baik, buruk dan jelek tu nampak indah je di mata kita. itulah perlunya diri kita muhasabah diri kita kembali. Di mana kita, apa tujuan kita hidup ini. Adakah hidup ini hanya suka-suka. Pasti tidak bukan. Yang pasti setiap hamba Allah seperti kita ini mengharap pada redha-Nya agar ditempatkan kita di dalam Syurga-Nya. Jika kita jelas apa tujuan kita insyaAllah kita lebih matang dalam membuat pilihan. Tujuan hidup kita ni mengharapkan keredhaan Allah. Tapi, persoalannya disini, bercouple tu satu cara untuk mendapatkan redha Allah kah? Atau couple itu satu cara yang membawa kita ke dalam kemurkaan-Nya? Aku tahu kau dapat jawab soalan ini kan."
"qibah, aku tahu couple tu mengundang kemurkaan Allah bukannya mengundang keredhaan Allah.. tapi qibah, aku perlukan kekuatan untuk mintak clash tu. susah sangat aku rasa..aku sayang kat Azzam dan aku tahu Azzam pun sayang kat aku, tak kan aku nak biarkan dan tinggalkan dia camtu je..dia selalu kata kat aku yang dia akan cintakan aku sampai bila-bila."
"Anna, anna.. kau pasti kah Azzam sayang kau? Cuba kau fikir ya betul-betul. Azzam mesti tahu kan yang couple ni boleh mengundang kemurkaan Allah. Dia tahu benda ni berdosa. Dan kalau dia sayang kau, mengapa dia sanggup mengajak kau turut bersama-sama dengannya bergelumang dengan dosa-dosa serta bersama-sama menempah kemurkaan Allah?adakah itu yang kau panggil sayang?. kau kata tadi dia selalu ucap yang dia akan cintakan kau sampai bila-bila.. sampai bila-bila tu sampai mana? Sampai bila-bila di neraka atau sampai bila-bila di syurga? Jika di syurga tak kan lah dia mengajak kau melakukan sesuatu yang mengundang murka-Nya?tak kan dia tidak tahu yang bila Allah murka ke atas kita, nerakalah tempat kita.."
Anna diam.. tertunduk.. rasa bersalah menghempap dirinya.. airmata hangat membasahi pipinya..
"Anna, kalau benar-benar dia sayang kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara yang boleh merosakkan kau, boleh menganggu gugat kesucian diri kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara maksiat ni dan kalau benar dia sayang dengan kau pasti dia mahu lihat kau bahagia hingga ke syurga, pasti dia mahu lihat kau sentiasa dalam keredhaan Allah serta pasti juga dia akan benar-benar serius untuk bersama dengan kau dengan ikatan yang halal yang diredhai oleh Allah.. Aku sayang kau anna.. aku sedih bila kau begitu cepat termakan dengan kata-kata manis Azzam. lelaki yang baik itu melindungi, bukannya merosaki.Aku taknak lihat kau jadi seperti kebanyakan remaja di luar sana, yang berpeleseran, berdua-duan, bermanja-manjaan dengan lelaki yang belum tentu menjadi suaminya. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Biarlah kau menangis.. Aku lebih rela melihat kau menangis di depan aku saat ini daripada kau menangis di hari yang tiada guna lagi segala esakan tangisan.."
"hmm.. aku tak tahu nak cakap apa lagi.. kau doakan aku ya.. insyaAllah aku akan cuba melawan semua ini.."
"insyaAllah, kau boleh Anna.. sesungguhnya.. kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayang kau kepada Azzam tidak menjamin apa – apa bentuk kebahagian pun kerna rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap. Teruskan niat baik kau tu Anna. Aku sentisa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakrdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah"
"terima kasih naqibah ! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan tinggalkn cinta manusia yang tidak menjamin apa-apa..."
"alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan nafsumu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai.."
"insyaAllah.."
*************************************************************
malam itu, matanya seakan tidak mahu dilelapkan dek fikirannya yang masih menerawang memikirkan permasalahan yang tersimpan di kotak fikirannya. lantas, dicapainya sebatang pen... digerakkan pena itu di atas sehelai kertas putih..
Assalamualaikum...
Azzam. Saya tidak tahu bila saya akan mati.. saya takut Allah akan tarik nyawa saya ketika saya masih lagi bergelumang dengan maksiat.. oleh itu, sementara iman ini masih bernadi, selagi kesedaran ini masih lagi dianugerahi.. saya tekad.. Demi Cinta-Nya, saya tinggalkan cinta awak...... saya mahu berubah. Tolong jangan hubungi saya lagi.. terima kasih atas segala-galanya.. ini adalah surat terakhir dari saya untuk awak.. jika awak benar-benar cintakan saya, tolong nikahi saya. jika tidak bersedia, jangan mudah melafaz cinta pada sesiapa. sekian. moga Allah redha.. wassalam..
"semoga kau mengerti dan fahami niatku azzam", monolog hatinya..
"Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu.Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu. Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu..aku begitu lalai dengan cinta dunia.. hinanya aku Ya Allah.. ampunilah dosaku Ya Allah..permudahkanlah untuk ku kembali pada jalanMu..", hati Anna dibisiki kata-kata keinsafan sambil airmata keinsafan tidak henti-henti mengalir di pipi..
SUMBER : Ilmi-Islam.com =D